Dulu ubi rebus, sardin makanan orang susah... Kini ramai gerun tengok harga!
DULU makan sebab murah, sekarang nak makan kena tengok harga dulu!
Itulah perubahan yang disedari pengguna terhadap beberapa makanan yang dahulunya mampu dibeli golongan kurang berkemampuan tetapi kini berubah situasi.
Antara yang disebut netizen termasuklah ikan sardin, ikan masin dan ubi rebus yang suatu ketika dahulu menjadi pilihan untuk berjimat cermat kini tidak lagi murah seperti dahulu.

Perubahan itu turut menjadi perhatian warga maya selepas seorang individu dikenali sebagai Akmal Azri Malik mengajukan soalan mengenai perkara itu.
"Apa makanan yang dulu dianggap makanan orang susah tapi sekarang dah jadi makanan mahal?" tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengimbau kembali makanan yang pernah menjadi pilihan ketika zaman susah atau serba sederhana.
"Ubi rebus tambah gula/kelapa. Sekarang masuk kafe harga bukan main mahal ye.
"Ikan sardin dulu untuk orang tak berduit. Orang berduit makan ayam, sekarang dah terbalik orang tak berduit makan ayam dan sardin harga kayangan," kata beberapa netizen.

Perubahan turut dirasai apabila ada yang tampil mengeluh mengenai beberapa makanan laut yang semakin mahal!
"Ikan masin pun bukan main harga sekarang ni. Dulu susah selalu beli ikan talang masin goreng tambah bawang, nasi panas-panas tu pun sedap dah. Sekarang ikan talang harga dia perhhh.
MENARIK DIBACA: Ramai teruja beli tisu murah, kuantiti banyak! Doktor ingatkan tentang risiko kesihatan
MENARIK DIBACA: Cepat lapar ketika puasa sunat dan ganti? Ini tip bantu anda 'steady' sampai petang
"Kerang, dulu sekilo RM1 dan sekati 60 sen masa tu zaman tahun 90an. Sekarang mahal nak mampus.
"Lobster, kerang pada tahun 1800. Rumah yang ada kulit lobster simbol kemiskinan, makanan hamba, banduan dan sebagainya," komen netizen lagi.