Perhatikan 5 'red flags' gerai di bazar Ramadan, jika nampak elak singgah
HAMPIR semua pengunjung bazar Ramadan mementingkan kesedapan dan kebersihan sebelum mengeluarkan wang untuk membeli juadah yang dijual.
Kedua-dua aspek ini bagaimanapun agak sukar dinilai dengan mata kasar sahaja.
Keenakan kuih yang dibeli misalnya hanya dapat dibuktikan apabila kita makan ketika berbuka, begitu juga kebersihan sesuatu makanan yang nampak menyelerakan, hakikatnya sudah tercemar.
Bagaimanapun, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dilihat oleh pelanggan sebelum membuat keputusan singgah untuk membeli di sesebuah gerai.

Public Health Malaysia dalam perkongsiannya di Facebook menyenaraikan 5 'red flags' peniaga bazar Ramadan berkemungkinan mengabaikan aspek kebersihan.yang boleh dilihat pengunjung
Justeru, perhatikan 5 perkara ini sebelum anda membuat keputusan membeli:
Cara, tempoh hidangan
Tengah hari makanan dah siap terhidang, tidak memasak di depan pelanggan.
Terdedah terlalu lama pada suhu bilik akan menyebabkan ia tercemar dengan bakteria.
Tong ais berdaki
Ais juga boleh menjadi salah satu punca cirit birit dsebabkan kuman.
Sarung tangan
Peniaga pakai sarung tangan tapi pegang duit, kain dan barangan lain (cross-contamination).
Tindakan peniaga itu bukan untuk pastikan makanannya bersih, sebaliknya cuma memindahkan kuman dari satu benda ke satu benda lain.
MENARIK DIBACA: Peniaga bazar perlu patuh 4 syarat ini sebelum berniaga, pakai cincin antara larangan ketika kendali makanan
MENARIK DIBACA: Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca
Kain
Ramai peniaga tetap guna kain lap walau sudah terlalu kotor sampai bertukar warna hitam. Ada juga yang gunakan kain basah berulang-ulang kali.
Barang kemas/aksesori
Harus diingat barang kemas besar yang dipakai peniaga boleh memerangkap kotoran.
Kesimpulannya, pelanggan perlu sedar bahawa makanan yang nampak elok atau bersih pun boleh jadi punca cirit-birit.
Kebanyakan kita menyangka keracunan makanan atau disebabkan makanan pedas atau ada yang mengaitkannya dengan 'angin'.
