[V] Cara buat kepak ayam goreng 'crispy' tanpa perlu bancuh tepung, cuma guna satu kuali
MASUK sahaja bulan Ramadan, rata-rata umat Islam akan mencari menu cepat serta mudah untuk bersahur atau berbuka dan selalunya ayam goreng rangup menjadi antara menu wajib buat kebanyakan keluarga.
Kaedah tradisional kadang-kadang makan masa kerana perlu menyediakan adunan tepung sebelum ayam digoreng.
Terbaharu, seorang wanita mencuri perhatian di Threads apabila berkongsi video cara mudah menghasilkan kepak ayam goreng rangup tanpa perlu mencelupnya di dalam bancuhan tepung.

Menurut wanita berkenaan, dia juga ingin mencuba teknik memasak kepak ayam ini jika ada peluang kerana nampak enak dan senang.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat kepak ayam tidak dicelup dalam bancuhan tepung sebaliknya tepung dicampur terus ke dalam minyak dan dikacau sehingga sebati sebelum proses menggoreng.
MENARIK DIBACA: Ayam songkem luar biasa sedapnya, resipi tradisi Madura wajib cuba
MENARIK DIBACA: Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai
Kaedah ini membolehkan tepung ‘menyerap’ masuk ke dalam minyak dengan sempurna ia panas.

Kemudian, goreng kepak ayam seperti biasa sehingga warnanya keperangan.
Hasilnya, kepak ayam akan menjadi rangup di luar dan lembut di dalam menjadikan setiap gigitan lebih nikmat.
Gambar kepak ayam yang siap digoreng turut menarik perhatian, membuatkan ramai netizen mahu mencuba sendiri kaedah ini di rumah.
RINGKASAN CARA PENYEDIAAN
1- Masukkan minyak di dalam kuali
2- Masukkan minyak jagung, biar hingga panas
3- Masukkan ayam yang digaul dengan garam, tak perlu serbuk kunyit
4- Angkat selepas ayam berwarna keperangan
