KUALI | Petua

Ramai bertanya, wanita akhirnya 'spill' cara buat ayam buttermilk garing dan tak muak

Lead Image

PUTUS asa jadinya bila cuba resipi dari media sosial yang nampak senang, tapi masakan tak menjadi seperti diharapkan. 

Lagi-lagi kalau resipi 'buttermilk', nampak mudah tapi sebenarnya susah nak dapatkan keseimbangan rasa antara lemak, pedas dan ayam garing. 

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Luna, berjaya menemui rahsia membuat ayam buttermilk sedap malah garing di luar. 

Kongsi wanita itu, dia juga sering terima soalan berulang daripada ahli keluarga berkaitan resipi lazat itu lalu berkongsi langkah-langkah mudah untuk mendapatkan hidangan sempurna. 

Penggunaan tepung campuran tepung goreng rangup serbaguna menambah kerangupan ayam.

"Keluarga selalu tanya tanya cara saya buat 'buttermilk chicken' rasa pedas meresap elok dalam ayam dan tak muak. 

"Dah tak larat nak jawab soalan sama, jadi saya kongsi rahsia cara nak buat," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Bang Mat saran tanam nanas jika ada ruang kosong, tak perlu tunggu tanah luas

MENARIK DIBACA: [V] Rosyam Nor pernah ikat perut sebab susah, ‘makan untuk hidup’ jadi pegangan sampai sekarang

Menurut Luna, salah satu langkah penting untuk mendapatkan rasa pedas meresap dalam setiap potongan ayam adalah dengan mencampurkan tepung goreng rangup serbaguna, sedikit lada hitam dan air sehingga menjadi pekat. 

Kemudian ayam diperap dalam campuran itu selama 30 minit hingga 1 jam.

Taburan lada hitam juga menambah 'kick' pada resipi ini.

"Cara ni buatkan ayam lebih rangup. Goreng sehingga garing sebelum dimasukkan ke dalam kuah 'buttermilk'. 

"Tapi jangan lama sangat dalam kuah, cukup sekejap saja agar rasa 'buttermilk' meresap ke dalam ayam," kongsinya.

Wanita itu turut kongsi satu lagi tip tambahan untuk menjadikan kuah 'buttermilk' lebih sedap dan tidak muak iaitu dengan menambah sedikit lada hitam.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada warga maya yang teruja untuk mencuba resipi tersebut. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Pilih cili kering sesuai masakan antara masalah besar kaum ibu, boleh cuba 'ilmu' ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

[V] Cara buat kepak ayam goreng 'crispy' tak perlu bancuh tepung, cuma guna satu kuali

Terhangat