Trend kunyah plastik untuk kurus nampak kelakar, ketahui risiko mental dan fizikal
ADA orang rela buat apa saja semata-mata untuk kurus. Bagi golongan tersebut, kurus tu cantik!
Selain bersenam, ada juga yang sanggup ambil jalan pintas seperti buat pembedahan potong usus atau bariatrik.
Tak dinafikan kaedah macam tu berkesan walaupun agak menyakitkan.
Ada juga yang sanggup buat diet ekstrem, tak makan tak minum semata-mata untuk nampak sempurna pada pandangan orang lain.

Sekarang ni, timbul satu trend baharu yang sedang popular di China iaitu 'eating plastic' atau makan plastik.
Trend pelik ni memang tengah jadi kegilaan anak-anak muda di sana yang tak kisah tentang kesihatan dan keselamatan mereka.
Di TikTok, bersepah video trend 'makan plastik' ni yang dikatakan mampu menurunkan berat badan.
Kalau tengok dalam video yang ada, mereka buat trend ni dengan cara tutup mulut dengan plastik, kemudian suap makanan.
MENARIK DIBACA: [V] Chef Naem lagi suka makan masakan isteri, tak selera air tangan sendiri
MENARIK DIBACA: Cemas campur lucu! Chef Wan perjelas insiden cuit Iddin Ramli khusyuk berdoa ketika 'live' program TV
Makanan tu kemudian dikunyah seketika bersama plastik sebelum dikeluarkan semula. Tapi kena pastikan plastik tak terkoyak sebab makanan tu tak boleh masuk mulut atau tertelan.
Kononnya, cara ni dapat memperdaya otak dan bagi mengelak berat bertambah kalau dimakan seperti biasa.
Siapa yang pernah buat trend ni pula cakap, mereka dapat kawal keinginan untuk makan secara berlebihan dengan pura-pura seperti sedang kunyah makanan.

Tapi ramai juga yang kecam trend ni sebab anggap cara ni tak masuk akal dan merepek.
"Kalau takut gemuk, jangan makan banyak dan rajin-rajin bersenam.
"Ni trend paling pelik dan tak masuk akal pernah aku dengar. Mengarut!" antara komen netizen.
Risiko Kesihatan Fizikal
Bahaya mikroplastik: Plastik boleh koyak dan tertelan atau terhidu, menyebabkan keradangan kronik, masalah usus dan gangguan fungsi organ.
Masalah mulut dan gigi: Mengunyah dengan plastik boleh mencederakan gusi, menyebabkan ulser, pendarahan, keretakan gigi dan kerosakan enamel.
Gangguan gastrointestinal: Perut menghasilkan asid tanpa makanan masuk, menyebabkan refluks, gastritis, ulser, serta kekurangan nutrisi yang membawa kepada keletihan, keguguran rambut dan otot lemah.
Terdedah kepada bahan kimia toksik: Plastik mengandungi bahan seperti BPA dan phthalates yang boleh mengganggu hormon, fungsi tiroid, kesuburan dan kesihatan reproduktif.
Risiko Kesihatan Mental
Gangguan pemakanan: Trend ini menyerupai tingkah laku bulimia dan anoreksia, menormalisasi amalan 'chew and spit'.
Kebimbangan dan kemurungan: Tekanan sosial dan kekurangan nutrisi boleh menyebabkan serangan panik, kemurungan dan masalah kognitif seperti kabur fikiran.
Kesan sosial: Influencer yang mempopularkan trend ini memberi tekanan kepada golongan muda untuk mencuba, sekali gus menjejaskan tabiat pemakanan sihat.