info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

'Hak' ke atas 7 menu popular Asia Tenggara ini jadi rebutan! Rendang, nasi lemak hingga cendol ada kisah sendiri

Lead Image

DUNIA kulinari Asia Tenggara sememangnya sarat dengan pengaruh budaya, sejarah perdagangan dan penghijrahan masyarakat sejak ratusan tahun lalu.

Disebabkan itu, tak hairanlah banyak makanan popular sering menjadi perdebatan antara Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya mengenai negara asal sesuatu hidangan.

Walaupun ada makanan kuat dikaitkan atau amat sinonim dengan identiti sesebuah negara, hakikatnya kebanyakan resipi berkembang hasil percampuran budaya dan adaptasi masyarakat tempatan mengikut cita rasa masing-masing.

Berikut 7 makanan popular Asia Tenggara sering menjadi 'rebutan’ negara jiran.

Rendang, antara hidangan wajib ada menjelang musim perayaan di Malaysia dan Indonesia.

1. Rendang

Rendang dipercayai berasal daripada masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.

Bagaimanapun sehingga kini, rendang masih sering menjadi topik perdebatan kerana Malaysia dan Indonesia menganggap ia sebahagian daripada identiti makanan tradisional mereka.

MENARIK DIBACA:  Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'

MENARIK DIBACA: Kreativiti Sheila Rusly 'angkat' menu biasa ke tahap luar biasa dipuji - "Masak mi segera pun terliur"

2. Char kuetiau

Char kuetiau pula sering diperdebatkan antara Malaysia dan Singapura.

Sebenarnya, hidangan mi diperbuat daripada beras goreng itu dibawa oleh imigran Cina yang berhijrah ke Asia Tenggara sebelum berkembang mengikut gaya tempatan di kedua-dua negara.

Disebabkan itu, versi Pulau Pinang dan Singapura mempunyai rasa serta teknik masakan tersendiri.

Cendol menjadi antara pencuci mulut paling popular di Malaysia dan Singapura terutama ketika cuaca panas.

3. Cendol

Hidangan pemanis mulut ini dikatakan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia sejak era Majapahit sekitar abad ke-13 hingga ke-16.

Pencuci mulut kegemaran ramai itu dikatakan menerima pengaruh hidangan Asia Tenggara lain serta unsur India seperti falooda.

Kini, cendol menjadi antara pencuci mulut paling popular di Malaysia dan Singapura terutama ketika cuaca panas.

4. Martabak

Martabak mempunyai akar dari Yaman sebelum dibawa masuk ke Asia Tenggara menerusi pedagang India Muslim.

Di Malaysia dan Singapura, martabak lebih dikenali sebagai makanan berinti daging dan bawang.

Bagaimanapun di Indonesia, hidangan itu berkembang menjadi pelbagai versi martabak manis dengan inti coklat, keju dan kacang.

5. Nasi goreng

Nasi goreng sering dikaitkan sebagai makanan tradisional Indonesia, khususnya dari Pulau Jawa.

Pada awalnya, hidangan itu dihasilkan bagi mengelakkan pembaziran nasi lebihan sebelum dipelbagaikan dengan penggunaan rempah dan bahan tempatan.

Nasi lemak antara menu warisan kegemaran semua.

6. Nasi lemak

Nasi lemak pula berasal daripada budaya Melayu di Malaysia dan pada asalnya dijadikan menu sarapan masyarakat kampung.

Gabungan nasi bersantan, sambal, ikan bilis dan telur menjadikan hidangan itu cukup ikonik sehingga popular di negara jiran seperti Singapura.

Hari ini, nasi lemak hadir dalam pelbagai versi moden termasuk ayam goreng, rendang dan sotong sambal.

Otak-otak popular di Indonesia, Malaysia, Singapura dan sebahagian Thailand.

7. Otak-otak

Otak-otak pula dipercayai berasal dari wilayah kepulauan Indonesia dan sudah dinikmati secara turun-temurun sejak dahulu lagi.

Nama hidangan itu berasal dari bahasa Melayu dan Indonesia yang bermaksud ‘otak’, merujuk kepada bentuknya.

Hari ini, otak-otak bukan sahaja popular di Indonesia, malah turut terkenal di Malaysia, Singapura dan sebahagian Thailand.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Nak habis makan nasi lemak, baru nampak benda pelik di daun pisang! Wanita ulang alik ke tandas hampir 10 kali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Insentif pembajakan RM300 pesawah dibayar secara berfasa - KPKM

Terhangat