Kreativiti Sheila Rusly 'angkat' menu biasa ke tahap luar biasa dipuji - "Masak mi segera pun terliur"
RAMAI netizen kagum dengan cara penerbit dan aktres, Sheila Rusly yang bukan sahaja pandai memasak tetapi kreatif mengolah setiap hidangan sehingga nampak sangat menarik dan menyelerakan.
Perkara ini mula dibangkitkan seorang pengguna laman Threads yang mengakui teruja melihat video masakan Sheila Rusly termasuk caranya memasak, mengolah hidangan serta melakukan 'plating' yang cukup kemas dan cantik.
"Jujur nak tanya sis Shiela Rusly kan dia belajar masak kat mana dan cara dia masak boleh olah masakan lepas tu 'plating' cantik-cantik memang aku kagum.
"Video masakan dia, anak menantu suami semua aku akan tengok sampai habis," kongsinya.
Menurutnya, dia benar-benar kagum bagaimana Sheila Rusly mengangkat hidangan harian sehingga nampak lebih menarik walaupun hanya menu biasa.
Pandangannya turut disokong oleh netizen lain yang rata-rata memuji kreativiti dan kemahirannya di dapur.

"Masalahnya sis masak mi segera bukan macam kita. Mana tak terliurnya mi segera biasa boleh bertukar ke luar biasa! Semoga ada rezeki nak pergi restoran sis ni nanti," kata seorang netizen.
Tidak kurang juga memuji menantu Sheila Rusly, Elisya Sandha, yang turut dilihat mempunyai kemahiran memasak yang sangat meyakinkan.
"Elisya tu masak pun nampak pro ya amat kan!.
"Sis Sheila ni masak mi segera, nasi goreng pun berseni bukan biasa-biasa 'plating' dia. Sebab tu layak buka restoran.
MENARIK DIBACA: Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'
MENARIK DIBACA: Ramai rasa tertipu dapat tahu dori dimakan, dipuji enak selama ini sebenarnya ikan patin!
"Dah dua kali pergi makan siang malam, asam pedas dia rasa macam makan kat rumah sebab dia punya 'plating' kat restoran macam rasa makan makanan rumah tapi versi cantik begitu.
"Samalah saya paling suka tengok Sheila Rusly masak. Video masak dan cara susunan makanan atas meja semua teratur, minat sangatlah. Kalau keluar video baru mesti tengok sampai habis dan ulang-ulang.
"Sis Sheila pun rajin ambil ilmu belajar masak sampai ke Indonesia, terbaik!" antara komen netizen.