[V] Ryan Bakery kenang zaman susah, isteri masakkan telur masak kicap - "Ada duit lebih dia buat ayam"
MENGIMBAS kembali zaman ketika bercinta, pelakon dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakeri tidak boleh melupakan air tangan pertama isterinya iaitu telur masak kicap yang dianggap cukup istimewa.
Walaupun menu tersebut sederhana, namun bagi Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, menu itulah yang membuatkan dia sangat menghargai suri hatinya, Elyia Ibrahim.
Kongsi Ryan, Elyia sanggup menyediakan bekal untuk dibawa ke tempat kerja di mana ketika itu pendapatan mereka berdua disifatkan sebagai rendah.

"Saya ingat lagi masakan pertama isteri (semasa bercinta) adalah telur masak kicap.
"Kami dulu susah, kerja dengan gaji tak seberapa. Kalau ada duit lebih sikit barulah dia buatkan ayam masak kicap.
"Ketika itu isteri akan sangkut bekal pada pintu pagar untuk saya bawa ke tempat kerja," ujarnya.
MENARIK DIBACA: Suka buang lebihan minyak dalam singki? Cuba trik mudah ini, dijamin tak tersumbat
MENARIK DIBACA: Jangan keliru, khasiat jeruk jauh beza dengan buah segar! Penghidap asma perlu hati-hati
Berkahwin dengan isteri yang berasal dari Melaka, Ryan mengakui 'takut' dengan masakan dari negeri yang terkenal dengan menu asam pedas itu.
Ryan yang merupakan anak jati kelahiran Perak, dia tidak tahan dengan masakan pedas, selain mempunyai masalah gastrik.
Namun mahu tidak mahu, bapa kepada seorang cahaya mata itu harus mengakui asam pedas air tangan ibu mentuanya sangat sedap.

"Saya memang tak makan pedas sejak dulu lagi.
"Tapi saya harus akui, masakan asam pedas ibu mentua saya memang sedap, lagi-lagi kalau dia masak siakap asam pedas.
"Sejujurnya saya tidak cerewet, cukup kalau ada satu lauk sahaja pun sudah mencukupi," jelasnya.