info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Piala Dunia FIFA 2026: Katering, pengurusan makanan berskala besar di AS, Kanada dan Mexico

Lead Image

KETIKA penyokong mula memenuhi tempat duduk di stadium menjelang sepak mula, pasukan petugas di belakang tabir sebenarnya sudah bekerja sejak awal pagi. 

Bukan sekadar cef dan tukang masak, malah pasukan logistik, penyelia katering, pembekal makanan serta kakitangan keselamatan makanan berganding bahu memastikan operasi berjalan lancar.

Bagi Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung di 16 bandar di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, penyediaan makanan menjadi antara operasi terbesar sepanjang kejohanan. 

Format baharu melibatkan 48 pasukan dan 104 perlawanan itu menyaksikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut memperluaskan pasukan khas yang mengendalikan perkhidmatan makanan dan minuman di setiap lokasi.

Cef, tukang masak dan petugas katering berganding bahu memastikan ribuan hidangan siap tepat pada waktunya.

Menariknya, tugas katering bukan sekadar menyediakan makanan untuk penyokong di tempat duduk stadium. 

MENARIK DIBACA: [V] Ramai sanggup beratur panjang demi nasi goreng 'simple', tukang masak tak menang tangan

MENARIK DIBACA: [V] Macam makan dekat Bali, restoran ini kena masuk ‘list’ kalau ke Putrajaya

Berikut adalah tugas pasukan katering berdasarkan skop kerja rasmi FIFA World Cup 2026:

  • Pasukan katering bertanggungjawab menyediakan hidangan kepada pemain, pegawai perlawanan, sukarelawan, petugas operasi, media, kru penyiaran, pasukan perubatan serta tetamu korporat. 
  • FIFA mewujudkan jawatan khusus seperti Pengurus Kanan Katering, Penyelaras Katering, Penyelaras Makanan dan Minuman dan Pakar Operasi Katering di semua bandar tuan rumah. 
    Operasi berskala besar FIFA 2026 memerlukan perancangan rapi bagi penyediaan makanan berkualiti.
  • Jawatan khusus itu menyelaras jadual penyediaan makanan, penghantaran bahan mentah, pengurusan vendor, pemantauan kualiti makanan serta memastikan setiap hidangan mematuhi piawaian keselamatan makanan FIFA.
  • Dalam dokumen operasi FIFA 2026, setiap lokasi juga perlu menyelaras masa penyediaan makanan mengikut jadual syif ribuan pekerja dan sukarelawan. 
  • Pasukan katering perlu memastikan makanan dihantar ke lokasi betul, mengelakkan kesesakan ketika waktu makan dan membuat pelarasan segera sekiranya berlaku perubahan operasi pada hari perlawanan.

 

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Barista Malaysia cipta sejarah, Nas Jaafar juara World Brewers Cup 2026

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

[V] Sejarah hitam nasi dagang, wanita dakwa jumpa objek dalam bungkusan - "Dah rupa rambut penanggal"

Terhangat