[V] Sejarah hitam nasi dagang, wanita dakwa jumpa objek dalam bungkusan - "Dah rupa rambut penanggal"
SEORANG wanita terkejut selepas mendakwa menemui benda asing dipercayai dawai pencuci periuk dalam bungkusan nasi dagang yang dibelinya.
Menurut wanita itu, dia hanya menyedari kewujudan objek tersebut selepas ibunya membuka bungkusan nasi dan menuang gulai di atas hidangan berkenaan.
"Tengok la apa ni korang. Niat belikan nasi dagang untuk family, sekali my mom tuang la gulai atas nasi, tengok-tengok ada benda panjang.

"Dia ingat ikan ke apa, tapi takkanlah panjang sangat. Sejarah hitam betul dengan nasi dagang hari ni," katanya menerusi satu perkongsian di Threads pada Isnin.
Wanita berkenaan turut memuat naik [video] memaparkan objek itu yang dipercayai gumpalan dawai halus.
Malah, dia juga cuba memotong dan menguraikan gumpalan tersebut menggunakan gunting untuk mengenal pasti apakah sebenarnya benda asing itu.
Menurutnya lagi, dia turut meminta ibu menggigitnya bagi memastikan sama ada ia merupakan bahan makanan atau sebaliknya.
MENARIK DIBACA: Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar
MENARIK DIBACA: Lagi penemuan benda asing dalam santan kotak - "Tiba-tiba keluar seketul"
"Ibu saya rasa dah. Lepas tu dia kata tak boleh gigit. Terus dia mual dan fobia nak makan," ujarnya.
Susulan kejadian itu, wanita berkenaan memaklumkan dia kembali ke gerai berkenaan bagi mendapatkan penjelasan peniaga, namun premis tersebut sudah ditutup.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa geli melihat gumpalan itu, malah ada yang menyamakannya dengan objek sihir.
"Gelinya, dah rupa rambut penanggal!" tulis seorang pengguna.

Berdasarkan tinjauan Kuali di ruangan komen, beberapa netizen berpendapat objek itu dipercayai dawai daripada berus pencuci periuk yang mungkin tertanggal.
Dalam masa sama, ada juga yang menyamakan rupa objek tersebut dengan hidangan popular Pantai Timur iaitu kerabu sarang.
"Dari rupa memang macam berus periuk, tapi tekstur awak saja yang boleh sahkan.
"Mungkin kerabu sarang. Ada keluar bau pelik-pelik ke?" antara komen netizen.