info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Wanita terkejut kalah pertandingan memasak kerana 'plating' terlalu cantik

Lead Image

HASRAT menghasilkan hidangan paling menarik bertukar pengalaman tak disangka apabila dianggap ‘terlalu cantik’ untuk pertandingan berkonsepkan masakan rumah.

Seorang wanita dari Jawa Tengah, Indonesia, Olga Yuvenda, berkongsi kisah tersebut selepas menyertai pertandingan cipta menu makan tengah hari dianjurkan sempena Hari Ulang Tahun ke-81 Republik Indonesia.

Menurut laporan akhbar media antarabangsa, pertandingan itu disertai sembilan daripada 10 Rukun Tetangga di sekitar kawasan berkenaan.

Olga menyertai pertandingan itu bersama adik, ibu dan ibu saudaranya selepas mereka dipilih mewakili rukun tetangga.

Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang dan diberikan bajet kira-kira RM25 untuk menyediakan menu makan tengah hari bagi lima orang ahli keluarga.

Bukan sekadar perlu sedap, peserta juga perlu memastikan hidangan memenuhi konsep pemakanan seimbang merangkumi karbohidrat, protein haiwan dan tumbuhan, vitamin serta mineral.

Menu wajib pula terdiri daripada nasi, lauk; sayur; buah dan minuman.

Olga dan keluarganya kemudian menyediakan nasi lemak bunga telang, udang goreng tepung bersama sos masam manis; rolade tauhu telur kukus; tumis kacang buncis; lobak merah dan cendawan, selain air markisa serta buah betik.

MENARIK DIBACA: Muak dengan menu telur rebus ketika diet? Cuba campur tuna dan yogurt, pasti berselera

MENARIK DIBACA: Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain

Menariknya, mereka turut menggunakan beberapa hasil tanaman dari rumah seperti bunga telang, markisa; daun limau purut; pandan; daun salam dan daun bawang.

Bagaimanapun, hasil pertandingan itu ternyata di luar jangkaan apabila Olga dan pasukannya tidak muncul sebagai pemenang.

Menurut Olga, antara teguran diterima daripada pihak penganjur adalah susunan makanan mereka dianggap terlalu cantik dan kelihatan seperti hidangan disajikan di kafe.

Biarpun kecewa, Olga tetap menghormati keputusan juri dan menganggap pengalaman tersebut sebagai satu kenangan unik bersama keluarganya.

Katanya, kemahiran menghasilkan hidangan kemas itu kerana adiknya pernah mengikuti pengajian dalam bidang kulinari di sekolah vokasional.

Selain itu, katanya mereka sekeluarga gemar memasak dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam bidang bakeri serta katering.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ramai ugut boikot, penjual 'jacket potato' mohon maaf usir peniaga buka gerai di lokasi sama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Guna air laut rebus pasta atas kapal persiaran, Brooklyn Beckham disindir!

Terhangat