info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ramai ugut boikot, penjual 'jacket potato' mohon maaf usir peniaga buka gerai di lokasi sama

Lead Image

SELEPAS teruk dikecam, malah diugut untuk perniagaannya diboikot, peniaga 'jacket potato' tampil memohon maaf susulan tindakannya menegur seorang wanita yang menjual nasi kerabu di lokasi sama di Seksyen 7, Shah Alam.

Menerusi hantaran di Threads, peniaga berkenaan mengakui kesilapan yang dilakukan sehingga mengundang kemarahan ramai selain turut mengakui dirinya juga banyak kekurangan.

Menurut peniaga tersebut, dia menerima dengan hati terbuka dugaan yang dilaluinya apabila menjadi sasaran kemarahan orang ramai atas kejadian yang berlaku.

Netizen turut mengugut untuk memboikot bisnes yang dijalankan.

"Assalamualaikum semua. Saya tahu ramai yang marahkan saya.

"Saya ingin mohon maaf kepada semua sekiranya saya ada melukakan pihak encik dan puan dalam Threads.

"Saya terima semua ini yang mana nasihat elok saya ambil. Kami banyak kekurangan dan akan perbaiki dari hari ke hari," tulisnya,

Dalam pada itu, peniaga tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang masih setia menyokong bisnes kecil yang dijalankan.

MENARIK DIBACA: Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"

MENARIK DIBACA: Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"

"Harap semua dapat maafkan kekurangan kami.

"Kepada yang mendoakan kami, sokong kami, terima kasih.

"Tanpa ada semua yang kecam, yang memuji dan yang membeli, tiadalah kami di sini," katanya.

Terdahulu, tular perkongsian seorang wanita yang menjual nasi kerabu apabila mendakwa gerainya didatangi beberapa individu pada hari pertama dia berniaga.

Semuanya bermula selepas seorang peniaga nasi kerabu berkongsi kisah diusir oleh peniaga kentang yang melarangnya berniaga di kawasan sama.

Kata wanita tersebut, dia diminta untuk berhenti daripada menjalankan perniagaan di sekitar tapak perniagaan yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Dakwanya lagi individu terbabit dipercayai peniaga sekitar kawasan itu juga dan memberi alasan pengambilan tapak tersebut perlu mendapat kelulusan persatuan berkaitan.

Ekoran kejadian tersebut, ramai pengguna media sosial tampil memberikan sokongan, malah ada yang bertanyakan lokasi baharu untuk mendapatkan nasi kerabunya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Kafe letak anak singa sebagai tarikan, pelancong cedera digigit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Wanita terkejut kalah pertandingan memasak kerana 'plating' terlalu cantik

Terhangat