'Padah' pesan 'lamb chop' RM48 dari kedai tomyam, sekali pandang macam kelawar
HATI siapa tak kecewa apabila 'lamb chop' berharga RM48 yang dipesan jauh tersasar daripada apa yang diharapkan dari segi rupa dan rasa.
Bukan setakat kering, 'lamb chop' dipesan seorang pelanggan didakwa sangat nipis, sehingga digambarkan seperti seekor kelawar.
Menurut pelanggan wanita itu, dia pada awalnya hanya mahu memesan nasi goreng dari sebuah kedai tomyam untuk suaminya.
Ketika sedang membuat pesanan, dia menambah 'lamb chop' sebagai pilihan tambahan.
“Sampainya hati 'lamb chop' RM38 begini sekali rupa dia. Tak ada 'expect' lebih pun dari kedai tomyam tapi ni teruk sangat.

“Kering, kecil, nipis. Dah lah order priority delivery tapi menunggu sejam lebih, dengan rider hantar order orang lain dulu sekali macam ni rupanya,” kongsinya di Threads.
Tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hidangan tersebut, wanita itu berkata dia cuma berharap sekurang-kurangnya makanan yang diterima bersifat sederhana.
“Kepada bertanya sebab saya beli dekat kedai tomyam, saya nak beli nasi goreng untuk suami tapi tengah 'scroll' tu tiba-tiba teringin 'lamb chop' jadi 'order' sekali.
“Tak letak 'high expectations' pun tapi 'at least' boleh makan je. Ni teruk sangat, 'inedible',” tulisnya lagi.
MENARIK DIBACA: Wajah lebih berseri, parut pudar dan rambut berkilat lepas amal minum kolagen sisik ikan
MENARIK DIBACA: Jurufoto tersinggung ditegur tuan rumah lepas ambil sebiji semperit - "Kalau tak dijemput, jangan makan"
Perkongsian tersebut mencuri perhatian warga maya yang rata-ratanya turut kecewa melihat keadaan makanan berkenaan.
Ada yang menyamakan rupa hidangan tersebut dengan sesuatu yang tidak dijangka.
“Ingatkan kelawar. Semoga bertabah. Jahat peniaga pun.
“Jahat betul orang yang berniaga macam ni, semoga lingkuplah kedai dia.

“Saya cukup pantang makanan dibuat macam ni. Sedangkan orang bayar," antara komen netizen.
Di sebalik kemudahan aplikasi penghantaran makanan, pengguna turut menuntut agar peniaga lebih bertanggungjawab dalam memastikan setiap hidangan yang dihantar memenuhi standard asas yang dijanjikan.