info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pelanggan pertama kali cuba, kecewa rasa masam! Kenali sifat, ciri durian IOI

Lead Image

DURIAN IOI merupakan antara durian popular selain Musang King, Udang Merah dan Black Thorn kerana rasanya mempunyai keunikan sendiri.

Seorang pengguna yang baru pertama kali mencuba durian IOI meluahkan rasa kecewa apabil semua isi buah yang dibeli dikatakan masam walaupun kelihatan masih elok.

Menurut individu tersebut, dia membeli durian IOI selepas dimaklumkan oleh penjual bahawa varieti itu mempunyai rasa lemak dan manis.

Bagaimanapun, keterujaan dapat menikmati durian IOI buat kali pertama bertukar kecewa apabila rasa isinya tidak seperti yang dimaklumkan peniaga.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama apabila mendakwa durian IOI memiliki rasa masam.

"Semalam beli durian IOI, tak pernah rasa durian IOI macam mana. 

"Tuan kedai cakap rasa lemak manis.

"Bila balik rumah teruja nak cuba sebab teringin sangat, tapi bila buka semua isi rasa masam," kongsinya di media sosial.

Lebih membuatkan dia hairan, keadaan isi durian masih sempurna tanpa menunjukkan tanda-tanda sudah rosak sehingga akhirnya menganggap itulah rasan durian IOI sebenar.

MENARIK DIBACA: Bekas jurulatih skuad bola sepak Korea Selatan 'diharamkan' masuk restoran, kedai serbaneka

MENARIK DIBACA: Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama

Perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang turut menceritakan pengalaman serupa. 

Di ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan penjelasan berdasarkan pengalaman mereka menikmati durian IOI, malah ada berpendapat durian tersebut kemungkinan sudah terlalu lama disimpan sehingga melalui proses fermentasi.

"Ini durian tiga hari ke atas. Fermentasi dia dah terlalu lama. Tu yang ada rasa masam-masam yang tak sedap. Kalau nak sedap, ambil buah yang bawah tiga hari. Baru sedap," seorang pengguna berkongsi pandangan.

Pada masa sama, ada juga netizen menjelaskan bahawa durian jenis IOI sememangnya mempunyai sedikit rasa masam, namun masih dianggap normal.

Pengalaman lain menyebut durian IOI memiliki sifat cepat masam terutama buah yang telah merekah.

"Betul. Ada jenis IOI hujung-hujung dia ada rasa masam, tapi bukan masam yang tak elok.

"Durian IOI Johor ada rasa masam-masam macam 'green apple'.

"IOI memang cepat masam dan tak tahan lama. Tapi memang sedap kalau makan sebelum ia jadi masam. Kena pilih betul-betul. Sebab itu saya dah jarang beli IOI, takut terkena yang masam lagi," jelas beberapa netizen.

Disebabkan durian IOI dikatakan memiliki sedikit rasa masam, pengguna perlu tahu membezakan rasa masam semula jadi dengan masam buah yang telah rosak.

Durian IOI yang masih elok mempunyai rasa asas lemak manis dan pekat. Rasa masamnya sangat 'nipis' di hujung rasa, manakala isinya tetap pejal, berwarna oren pekat dan tidak berbau busuk.

Jika keseluruhan isi terasa masam menyengat atau mengeluarkan bau masam yang kuat apabila dibuka, itu tandanya durian tersebut sudah rosak atau diperam terlalu lama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Croissant Pattaya pelik disaluti 'rambut' bergumpal, tapi ramai serbu kedai nak beli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Hukum kunyah sisa makanan ketika solat, batal atau tidak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Terhangat