info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pelanggan jijik nak makan nasi lemak! Peniaga tak buang perut ikan bilis, siap 'pakej' najis

Lead Image

IKAN bilis merupakan antara bahan utama yang perlu ada dalam hidangan nasi lemak.

Walaupun saiznya kecil, proses penyediaan ikan bilis tidak boleh dipandang ringan khususnya oleh golongan peniaga kerana kebersihan bahan tersebut memberi kesan terhadap rasa, kualiti dan keyakinan pelanggan

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati ikan bilis dalam nasi lemak yang dibelinya tidak dibersihkan dengan sempurna. 

Ikan bilis merupakan bahan sampingan yang perlu ada dalam hidangan nasi lemak. Foto Gambar AI

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Threads, wanita tersebut mendakwa ikan bilis yang dihidangkan bersama nasi lemak masih mempunyai najis yang tidak dibuang sekali gus mengundang rasa jijik.

Susulan kejadian itu, dia tampil menegur peniaga supaya tidak mengambil mudah soal kebersihan ikan bilis, terutama mereka yang menjual nasi lemak.

"Kepada peniaga ikan bilis terutamanya nasi lemak, ikan bilis ini tak dikopek langsung 'pakej' ada najis. Macam mana nak makan?

"Jangan ambil mudah dan sambil lewa. Nasib baik suami yang belikan, kalau saya beli memang saya tidak akan ambil bilis," katanya.

MENARIK DIBACA: [V] "Dulu lelaki masuk dapur dianggap memalukan isteri" - Tamimi Siregar

MENARIK DIBACA: "Busy mana pun jangan tinggal solat" - 'Abang matcha' tular, dipuji utamakan ibadat dalam bisnes

Secara umum, ikan bilis yang belum dikopek atau dibersihkan masih mempunyai bahagian kepala, isi perut serta sisa kotoran yang boleh menyebabkan rasa sedikit pahit, hanyir dan kurang menyenangkan apabila dimakan. 

Justeru, pengguna dinasihatkan untuk membuang bahagian tersebut sebelum digoreng supaya ikan bilis lebih bersih selain mengelakkan masakan berbau hanyir.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Bukan rehat minum biasa... Ini sebab 'hydration break' diwujudkan dalam setiap perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Terhangat