info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Lelaki puji 'melambung' Nasi Ayam Mama Tini! Komen 'emo' Zila Bakarin buat ramai terhibur

Lead Image

PERKONGSIAN seorang lelaki yang membeli sehingga lima set Nasi Ayam Mama Tini yang dijual oleh ibu kepada Neelofa itu menjadi perhatian ramai di Threads. 

Dalam hantaran tersebut, lelaki itu mengakui nasi ayam yang dimakan memang sedap, malah sepadan dengan harganya yang dikatakan agak mahal oleh sesetengah individu, iaitu RM26 sebekas.

Menurut lelaki itu dia berasa berbaloi membayar RM26 untuk nasi ayam tersebut, sesuai dengan bekas cantik yang digunakan.

Zila Bakarin meninggalkan komen mencuit hati.

"Saya beli lima set nasi ayam ibu kepada Neelofa sebab nak cuba. Jangan tanya saya soal 'rating' sebab saya bukan orang yang pandai memberi penilaian. 

"Bagi saya, kalau sedap dan kena dengan tekak, itu sudah memadai," katanya.

Menyentuh mengenai harga RM26 bagi satu set nasi ayam, lelaki itu berpoandangan harganya masih munasabah apabila dilihat dari sudut operasi sesebuah perniagaan.

Menurutnya, ramai pengguna hanya melihat harga jualan tanpa memahami kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha.

MENARIK DIBACA: Harga nasi ayam Mama Tini dipertikai, anak sulung Noor Kartini tampil beri penjelasan

MENARIK DIBACA: [V] Dah bertahun Neelofa tak jejak bazar Ramadan... Lagi suka masak di rumah walau cuma satu lauk

Dia menjelaskan bahawa dalam industri makanan, peniaga perlu memberi perhatian kepada Cost of Goods Sold (COGS), iaitu kos bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan setiap hidangan. 

Selain bahan seperti ayam, beras dan rempah, kos pembungkusan seperti bekas makanan, sudu, garfu dan beg pembungkusan juga semakin meningkat.

Di sebalik perbincangan serius mengenai kos perniagaan, ruangan komen bertukar 'kecoh' apabila pelakon Zila Bakarin tampil meninggalkan komen meminta individu tersebut 'diam' dan berhenti bercerita tentang nasi ayam berharga RM26 itu, membuatkan ramai terhibur.

Nasi ayam air tangan Noor Kartini mencuri perhatian kerana berharga RM26 sebekas.

"Dah dah diam! Dah kenyang kan? Tak payah nak cerita kos kat sini, tengah kawal emosi Cristiano Ronaldo (pemain bola) kalah (Piala Dunia 2026).

"Lalu pula nasi ayam RM26 tak habis-habis. Mahal murah jadi najis juga. 

'Bekas tu simpan, jangan cuci. 'Frame'kan (buat bingkai), mahal tu," katanya.

Komen bersahaja itu membuatkan warga maya terhibur, dengan ramai menganggap ia sekadar gurauan yang menceriakan suasana selepas perdebatan panjang mengenai harga nasi ayam tersebut.

"Win kau kak! Aku suka komen kau.

"Komen akak betul-betul buatkan saya nak terkucil.

"Ketua dah muncul. Ambil kau!" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Peminat BTS bangga dapat merasa sisa air dari botol diminum salah seorang anggota

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

[V] Jijik! Tular video tikus berkeliaran atas makanan di kedai malatang, KKM diminta ambil tindakan

Terhangat