Rupanya wujud individu bawa bekal 'air tomyam' ke ofis, minum kuah mi segera - "Sedap hirup sup panas"
SETIAP individu mempunyai cara tersendiri dalam menikmati makanan dan minuman kegemaran masing-masing.
Ada yang sanggup beratur panjang demi mencuba minuman atau makanan viral dan ada juga individu mencipta cara sendiri untuk menikmati sajian kegemaran walaupun pelik di mata orang lain.
Apa yang pasti bagi peminat tegar sesuatu makanan, cara ia dinikmati sudah pasti menjadi satu kepuasan untuk diri sendiri.
Seorang wanita di Threads mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan cara unik dia menikmati tomyam.
Mana tidaknya, dia menikmati tomyam dengan cara meletakkannya di dalam botol air sebelum dibawa ke pejabat.
"Kalau orang cakap air kundur tu pelik, cuba bancuh air tomyam pula bawa pergi office," tulisnya.
Walaupun pelik bagi kebanyakan orang, rupanya ada yang menganggapnya perkara biasa dengan mengakui pernah melakukan perkara sama.

"I did this tapi guna mi segera kari punya serbuk. I just wanna drink the soup for real.
"Sedap tapi jangan guna tumbler lid macam ni sebab nak basuh minyak tu renyah. Beli tumbler yang simple lid, hirup sup panas-panas sedap.
"Tapi sedap weh bancuh perencah dengan air kosong lepas tu hirup, tapi bukan dalam tumbler la.
"Aku ingat aku seorang je minum tomyam. Letak dalam cawan saja, kacau-kacau buat macam kopi. Satu lagi, I minum tomyam yang kiub tu.
"Aku pernah kenal orang bancuh kiub pati ayam dalam tumbler sebab dia nak layan jalan 'jam' elak mengantuk.
MENARIK DIBACA: Minuman kafe Amazon paling laris ikut 'ranking', ramai pelancong Malaysia 'repeat'
MENARIK DIBACA: Dadih cair, tak beku seperti diharapkan... Anda mungkin buat 2 kesilapan ini ketika memasak
"Tak pernah lagi la bancuh tomyam dalam tumbler tapi pernah je sedut tomyam pakai straw buat macam minum teh beng ikat tepi," antara komen netizen.
Bagaimanapun, ada juga warganet terkejut dengan cara tersebut dan menganggapnya agak aneh.
"Aku ingat aku dah cukup gila.
"Kiranya saya ni kategori gila biasalah.
"Sis, saya tomyam lover juga tapi kalau siap buat dalam botol macam ni kena call bantuan khas ni.
"Kak, kalau penat kerja ambil cuti tau. Risau pula saya tengok," komen warganet lagi.