info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Netizen Indonesia hina nasi kerabu, tak tahu pernah dapat anugerah dunia - "Bukan bakso, nasi gepuk"

Lead Image

NASI kerabu bukan sekadar sajian tradisional yang terkenal dengan nasi berwarna biru, sebaliknya rasanya turut mempunyai keunikan tersendiri.

Kelazatan makanan kebanggaan masyarakat di negeri Kelantan itu turut diakui bukan sahaja dalam kalangan orang Malaysia, malah pelancong asing turut memujinya.

Bagaimanapun, tular di Threads apabila seorang pengguna dari Indonesia meninggalkan komen hinaan pada satu hantaran berkaitan nasi kerabu dengan menyamakan hidangan tersebut seperti makanan kucing.

Nasi kerabu menjuarai pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 di Dubai.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi di akaun Threads mayysaaa25, individu dari seberang itu dilihat meninggalkan komen jelek terhadap hantaran berkaitan nasi kerabu yang menjadi makanan kebanggaan rakyat Malaysia.

"Kalau di Indonesia, makanan begini seperti makanan kucing," tulis individu terbabit.

Bengang apabila nasi kerabu dihina sebegitu, netizen dari Malaysia mula melancarkan serangan balas apabila berkongsi fakta tentang keunggulan nasi kerabu yang diiktiraf dunia.

Seorang pengguna media sosial tampil memberitahu bahawa hidangan yang diperlekehkan itu sebenarnya pernah mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

MENARIK DIBACA: Dari Kelantan ke London... Jual nasi kerabu di taman, pendapatan lelaki ini cecah RM2 juta setahun

MENARIK DIBACA: [V] Tak payah ikat perut sebab nak kurus, kerabu campur menu diet seimbang tapi mengeyangkan!

“Hello bro, ‘makanan’ kucing ni la juara makanan terbaik (best cuisine) di Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 di Dubai.

"Bukan bakso, bukan nasi gepuk," komen seorang netizen.

Malah terdapat juga komen seorang wanita dari Indonesia yang mengakui keenakan nasi kerabu dengan meletakkan makanan tersebut di posisi pertama sebagai makanan Malaysia paling sedap.

"Eh! Aku orang Indonesia. Nasi kerabu menurutku makanan paling enak di Malaysia. Kedua nasi lemak dan ketiga keropok lekor," ujarnya.

Penghinaan nasi kerabu yang dikatakan sebagai layak dijadikan makanan kucing itu sekali gus membongkar kenyataan sebenar tentang kewujudan 'nasi kucing' versi nyata yang ada di Indonesia.

Nasi kucing ternyata memang wujud di Indonesia terutama di kota Yogyakarta dan solo.

Nasi kucing atau sego kucing merupakan nasi dalam bungkusan kecil yang lazimnya dibalut menggunakan daun pisang, dengan lauk ringkas seperti sambal ikan bilis, tempe dan ayam suwir.

Hidangan itu popular di gerai atau warung kopi, khususnya di Yogyakarta, Solo dan beberapa kawasan di Jawa Tengah. 

Saiz hidangannya yang kecil serta harganya yang berpatutan menjadikannya pilihan untuk mengalas perut.

Sambil makan nasi kucing, pelanggan biasanya akan menambah pelbagai jenis sate (seperti sate telur puyuh atau sate kulit) dan gorengan sebagai pelengkap.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Jaya Grocer komited perkukuh keyakinan pembeli, produk JS Meats kini peroleh sijil halal Jakim

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Pelajar miskin bersyukur pertama kali dapat makan anggur dalam jumlah banyak

Terhangat