info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Ramai kongsi petua tanam pokok kunyit, rahsia tumbuh subur! Betul ke tak boleh dimanjakan ?

Lead Image

MENANAM sendiri pelbagai jenis herba di halaman atau ruang tertentu di rumah memang menjimatkan wang dan menjadi satu terapi..

Antara tanaman yang sering jadi pilihan ialah pokok kunyit kerana daunnya merupakan ramuan penting dalam pelbagai hidangan tradisional Melayu

Bagaimanapun tidak semua orang bernasib baik apabila menanamnya, silap langkah pokok tak tumbuh seperti diharapkan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai komen dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna berkongsi pengalaman dirinya yang sering gagal menanam pokok kunyit, lebih-lebih lagi setiap kali menjelang musim perayaan.

"Aku 'fail' kalau nak tanam kunyit. Pokok lain OK. Asal raya saja nanti dia mati. Asal dia mati saja masa raya. Tak jadi rendang aku. 

"Macam mana nak bagi pokok kunyit hidup subur eh? Ada tips?" tanya wanita itu menerusi hantaran di laman Threads.

MENARIK DIBACA: Berebut orang cari daun kunyit, harga naik mendadak... Ada peniaga jual RM3 sehelai!

MENARIK DIBACA: Sotong goreng kunyit elok kejadian! 'Jaga' api, tempoh masak agar tak liat dan kecut

Perkongsian itu mengundang perhatian ramai warga maya yang tidak kedekut berkongsi pelbagai petua berdasarkan pengalaman masing-masing.

Seorang netizen berkongsi petua unik menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah sebagai baja semula jadi.

"Air basuhan beras tu saya peram beberapa hari, roti 'expired' saya lempar je sekali dalam bekas tu. Tiga, empat hari siram. Ada nasi basi pun saya tabur je," kongsinya.

Selain itu, ada juga yang menekankan kepentingan jenis tanah bagi memastikan pokok kunyit hidup subur.

Netizen tidak kedekut berkongsi pelbagai petua berdasarkan pengalaman masing-masing.

Menurut seorang pengguna, tanah yang sedikit berpasir lebih sesuai kerana dapat mengelakkan isi kunyit daripada rosak akibat kelembapan berlebihan.

"Tanah kena berpasir sedikit. Siram pun jangan kerap sangat sebab kita nak jaga isi kunyit dalam tanah tu supaya tak lembik dan rosak jika tanah terlalu basah," jelasnya.

Seorang lagi netizen berseloroh bahawa pokok kunyit sebenarnya tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi.

"Jangan jaga. Kalau jaga je 'auto' mengada-ngada. Campak je. Saya pakai baja gedik," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Jangan buang, kurma kering boleh dijadikan pes ganti gula... Bancuh kopi pun sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Cara buat stok cili kisar tak berair, tahan lama... Sambal cepat masak, sekejap je pecah minyak

Terhangat