Cara buat stok cili kisar tak berair, tahan lama... Sambal cepat masak, sekejap je pecah minyak
MEMASAK sambal yang sedap tidak semata-mata bergantung kepada jenis cili atau ramuan yang digunakan, tetapi teknik penyediaan pes atau cili kisar juga memainkan peranan penting.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita berkongsi petua menghasilkan cili kisar sendiri yang hasilnya lebih pekat dan tahan lama, menggunakan kaedah menapis lebihan air selepas proses mengisar.
Menurutnya, cara tersebut bukan sahaja menjadikan pes cili lebih berkualiti, malah lebih menjimatkan bagi keluarga yang gemar menyediakan hidangan berasaskan sambal dan asam pedas.

"Antara soalan yang banyak dalam DM (direct message) adalah, kenapa tekstur cili kering aku kental (pekat) dan tidak berair?
"Akak tapis dik. Ya tapis biar turun airnya.
"Biar jadi tak berat air dan cepat masak, cepat garing dan cepat pecah minyak," tulisnya.
Menerusi perkongsiannya, wanita itu turut memberitahu bahawa membuat sendiri cili kisar sebenarnya lebih berbaloi, malah menjimatkan berbanding membelinya di kedai.
MENARIK DIBACA: [V] Jarang nasi lemak kedai mamak sedap, ayam krup krup dan sambal restoran ini memang mengancam!
MENARIK DIBACA: Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar
"Akak bukanlah rajin sangat, tapi lebih berbaloi sebab rumah akak kuat menyambal (makan sambal).
"Asam pedas kalau guna cili siap dekat luar (kedai), dua kali masak dah habis.
"Rumah akak paling kurang kena ada 1.5 kilogram (kg) hingga 2kg cili kering. Kalau musim raya lagilah banyak," katanya.
Berikut cara membuat cili kisar tekstur pekat dan tahan lama:
- Rebus cili guna air penapis, basuh cili pun guna air penapis.
- Sukatan air penapis separuh paras cili dan tambah minyak masak 3/4 sudu bersama dua ulas bawang putih.
- Lepas kisar, terus tuang dalam bekas penapis.
- Air akan turun dalam masa setengah hari, kemudian tabur sikit garam bahagian atas sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
- Bila masak, cili kisar memang kering tanpa air dan cepat pecah minyak. Selamat mencuba!