Buat masker guna lobak merah, tepung jagung... Rahsia kulit cerah secara semula jadi
MENJAGA kecantikan kulit wajah tidak semestinya memerlukan produk yang mahal.
Walau banyak produk dijual di pasaran, masih ada golongan yang selesa mengamalkan petua tradisional menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur.
Salah satu petua yang sering dikongsikan ialah penggunaan lobak merah dan tepung jagung sebagai masker wajah.
Lobak merah terkenal mengandungi vitamin A, beta-karotena dan antioksidan yang baik untuk kesihatan kulit, manakala tepung jagung pula membantu menghasilkan tekstur masker yang lembut dan mudah disapu pada wajah.
Menurut perkongsian pempengaruh kecantikan daniil_lifecoaach, amalan menggunakan masker ini secara konsisten dikatakan membantu menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, lembut dan tampak awet muda.

Bahan-bahan
- 1 batang lobak merah
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sedikit air
Cara penyediaan
- Parut lobak merah sehingga halus.
- Rebus parutan lobak merah bersama sedikit air selama beberapa minit.
- Selepas itu, perah parutan lobak merah untuk mendapatkan air rebusannya.
- Dengan menggunakan api kecil, masukkan dua sudu besar tepung jagung ke dalam air rebusan lobak merah tadi.
- Kacau tanpa henti sehingga campuran bertukar menjadi pekat seperti krim.
- Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disapu pada wajah.
MENARIK DIBACA: Rahsia orang Jepun kurus walau makan nasi 3 kali sehari, kadar obesiti antara terendah di dunia
MENARIK DIBACA: Coklat 'lenyap' dari rak, pasar raya di Perancis henti jualan gara-gara cuaca panas ekstrem
Cara penggunaan
- Sapukan masker secara rata pada wajah yang telah dibersihkan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masker mengering sebelum dibilas menggunakan air bersih.
- Untuk mendapatkan hasil yang berkesan, petua ini disarankan diamalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
- Bagaimanapun, perlu diingat bahawa keberkesanan petua tradisional boleh berbeza bagi setiap individu.
- Jika anda mempunyai kulit sensitif atau mudah mengalami alahan, lakukan ujian tampalan pada bahagian kecil kulit terlebih dahulu sebelum menyapu masker pada seluruh wajah.
- Sekiranya berlaku iritasi, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat daripada pakar dermatologi.