info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Buat 'mushroom soup' rasa premium tak perlu cuci cendawan, rahsia cef dan tukang masak

Lead Image

KEBANYAKAN individu mengamalkan masak sup cendawan dengan mengisarnya bersama beberapa bahan lain sebelum dimasak sehingga pekat.

Bagi menghasilkan sup cendawan yang benar-benar kaya rasa, beraroma dan mempunyai rasa persis sajian di restoran mewah atau hotel, terdapat beberapa teknik yang sering diamalkan cef profesional.

Seorang tukang masak dikenali sebagai @mrpokwan berkongsi dua petua ringkas yang mampu memberikan perbezaan besar terhadap hasil akhir sup cendawan.

Menurutnya, kesilapan paling biasa dilakukan ketika menyediakan hidangan itu ialah membasuh cendawan dengan air paip sebelum dimasak.

Cendawan yang hendak dijadikan sup cendawan sebaiknya cuma perlu dilap dengan tisu dapur atau kain bersih untuk kekalkan rasa aslinya.

"Cef hotel jarang kongsi tentang ini.

"Nak bagi cendawan rasa 'mahal', pekat dan 'deep' macam di hotel?

"Jangan basuh cendawan, lap je dengan tisu dapur," kongsinya.

Katanya, cendawan mempunyai tekstur seperti span yang mudah menyerap air.

MENARIK DIBACA: Jom kenali 10 jenis cendawan, bukan jenis tiram dan butang saja enak dimakan

MENARIK DIBACA: Garam dan asam jawa bukan sahaja hilangkan bau hanyir, buat ikan atau daging tahan lebih lama

Apabila terlalu banyak air diserap, rasa semula jadi cendawan akan terjejas sekali gus menyebabkan sup hilang kemanisan dan aroma umami yang sepatutnya menjadi tarikan utama hidangan tersebut.

Sebaliknya, dia menyarankan agar cendawan hanya dilap menggunakan tisu dapur atau kain bersih bagi menanggalkan kotoran yang melekat pada permukaannya.

Dengan cara itu, kelembapan berlebihan dapat dielakkan, sekali gus mengekalkan rasa asli cendawan ketika dimasak.

Cendawan memiliki sifat seperti span yang boleh menyerap air. Foto Gambar AI

Satu lagi rahsia yang jarang dikongsikan ialah memanggang atau menumis cendawan terlebih dahulu bersama sedikit mentega sehingga permukaannya bertukar perang keemasan sebelum dikisar.

Proses tersebut bukan sahaja menghasilkan aroma yang lebih wangi, malah membantu mengeluarkan rasa umami yang lebih mendalam hasil tindak balas pada permukaan cendawan.

Selepas itu barulah cendawan dikisar bersama bahan-bahan lain seperti bawang, stok ayam atau sayur, krim dan susu mengikut resipi pilihan.

Walaupun kedua-dua langkah ini kelihatan kecil, hasilnya mampu mengubah rasa sup menjadikannya lebih pekat, berkrim dan seolah-olah dihidangkan di restoran atau hotel.

Sup cendawan yang pekat dan kaya dengan rasa asli cendawan bergantung pada jenis cendawan yang digunakan.

Pada masa sama, perkongsian petua tersebut dalam Threads mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk mereka yang tak bersetuju jika cendawan tidak dibasuh kerana mementingkan kebersihan.

"Cuci je, kebersihan itu penting," ujar seorang pengguna Threads.

Bagaimanapun, ramai netizen teruja dengan tip yang dikongsikan, malah tidak sabar untuk mencuba sendiri.

"InsyaAllah nak cuba tip yang dikongsikan. Anak-anak mesti suka.

"Wow terima kasih kongsikan petua baharu. Nak cubalah nanti," kongsi beberapa pengguna lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Buat masker guna lobak merah, tepung jagung... Rahsia kulit cerah secara semula jadi

Terhangat