info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Baru belajar masak, stres kari tak jadi! Netizen tak lokek ilmu, kongsi tip dan petua

Lead Image

KARI yang dimasak tidak akan sempurna jika kita hanya mengikut sukatan bahan, sebaliknya memerlukan petua atau tip tertentu bagi mendapatkan kuah pekat, berkilat dan kesempurnaan rasa.

Seorang wanita secara terbuka meminta pandangan warga maya selepas kari ikan keli yang dimasaknya tidak menjadi seperti diharapkan.

Menerusi perkongsiannya, dia mengakui sudah beberapa kali menumis rempah sehingga pecah minyak tetapi keadaan kuah berubah sebaik sahaja santan dan air dimasukkan.

"Wahai orang hebat, macam mana nak buat kari cantik kejadiannya ya? Ni dah pecah minyak tiga hingga empat kali.

Pelbagai petua memasak, termasuk teknik memasukkan santan dan cara menumis rempah.

"Lepas letak santan dan air terus berubah rupa. Maaf, saya tak pandai memasak ni," soalnya di Threads.

Menurutnya, dia menggunakan rempah kari paket kecil untuk menyediakan sajian kari ikan keli tersebut.

Wanita itu turut mengakui dia baru belajar memasak dan menggunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah.

"Saya tak pandai masak, sebab itu kari nampak macam gulai, yang pasti bukan masak lemak.

"Saya masak pakai apa ada dalam peti ais. Tomato, bendi semua tak ada, maaf 'sifu' kari," katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang tidak lokek berkongsi tip bagi menghasilkan kari yang lebih cantik dan pekat.

MENARIK DIBACA: Wanita serik makan belangkas, ramai tampil kongsi pengalaman hitam serupa

MENARIK DIBACA: Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"

Antara petua dikongsikan adalah langkah menumis rempah sehingga benar-benar pecah minyak sebelum memasukkan santan tanpa menambah air terlebih dahulu.

"Cara saya, lepas tumis pecah minyak terus letak santan tanpa air dan tumis lagi sampai pecah minyak dua tiga kali kemudian tambah air. Insya-Allah minyak naik cantik.

"Tumis rempah dan pes hingga pecah minyak. Tambah air sikit-sikit. Saya suka guna santan cair dulu. Hujung baru masuk santan pekat nak renih tu.

Selain tip menyediakan kari, ada juga netizen berkongsi cara memasak tanpa santan.

"Saya masak tak guna santan, tumis minyak lebih. Kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sekejap sahaja, kemudian tambah bahan kisar seperti bawang putih, bawang besar dan sebiji tomato. Selepas naik aroma baru tambah serbuk kari.

"Kalau awak nak kari pecah minyak, lebihkan rempah kari dan guna santan asli.

"Kari ayam saya tak guna santan, kalau kari ikan guna yogurt. Santan selalu guna separuh paket," antara komen netizen.

Bagi mereka yang baru belajar memasak, setiap kesilapan dianggap sebagai proses pembelajaran, manakala tip daripada orang lebih berpengalaman pula boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan kari lebih enak pada percubaan seterusnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Tip mudah ini selesaikan masalah ikan hancur ketika digoreng... Isi dan kulit kekal sempurna

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama

Terhangat