info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Tip mudah ini selesaikan masalah ikan hancur ketika digoreng... Isi dan kulit kekal sempurna

Lead Image

MENGGORENG ikan tilapia mungkin nampak mudah, namun ramai berdepan masalah isi atau kulit ikan hancur ketika ia digoreng.

Seorang pemilik akaun Facebook tampil mendapatkan pandangan warga maya berkenaan tip menggoreng ikan agar tekstur tidak terjejas dan isinya tidak hancur.

"Nak tanya ikan tilapia ni masa goreng tak nak bagi hancur letak apa ya?" tulisnya.

Ruangan komen kemudian dibanjiri pelbagai petua daripada warganet yang berkongsi cara masing-masing bagi memastikan ikan kekal sempurna ketika digoreng.

Ada yang memaklumkan mereka hanya menggunakan serbuk kunyit, garam dan sedikit perasa sebelum menggoreng.

 Minyak juga perlu dipastikan benar-benar panas dan kuantitinya mencukupi mengikut jumlah atau saiz ikan yang ingin digoreng.

Pastikan minyak benar-benar panas ketika menggoreng ikan.

"Saya tak pernah goreng ikan mahu pun ayam jadi hancur. Saya gaul dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit perasa. Minyak kena betul masak dan banyak, sesuai banyak mana ikan yang nak digoreng, elok je tak hancur," tulis seorang warganet.

Selain itu, terdapat juga netizen yang turut mencadangkan supaya memasukkan asam keping ke dalam minyak ketika menggoreng.

Tidak kurang juga yang mengesyorkan ikan digaul bersama garam, kunyit dan sedikit tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

MENARIK DIBACA:  Murid darjah 1 'kantoi' curi makanan cikgu! Bukan untuk makan, tapi jual kepada kawan - "Sedih tengok budak sekarang"

MENARIK DIBACA: Beli Musang King RM400, dapat isi hancur! Penjual 'refund' RM200 tapi tak ikhlas, mengaku 'tak halalkan'

Seorang lagi netizen pula berkata dia hanya menyapu ikan dengan kunyit dan tepung Bestari serta memastikan api tidak terlalu besar.

"Saya sapu kunyit dengan tepung Bestari. Api tak besar dan rangup, tak hancur atau hilang kulit," kongsinya.

Terdapat juga individu yang menggunakan campuran bawang merah dan cili yang dikisar bersama garam serta kunyit sebelum ikan disapu dengan tepung jagung.

Membalut ikan menggunakan daun pisang juga merupakan salah satu teknik yang disarankan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Jangan beli bawang merah jantan! Pilih jenis betina sambal lebih sedap, manis semula jadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Baru belajar masak, stres kari tak jadi! Netizen tak lokek ilmu, kongsi tip dan petua

Terhangat