info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kecoh 'mee pok' tak halal, ini fakta kandungan semangkuk mi anda perlu tahu

Lead Image

KETIKA nama ‘mee pok’ menjadi persoalan, ramai yang tampil menjelaskan bahawa mi tersebut bukan datang dari sumber tidak halal seperti didakwa pihak tertentu.

‘Mee pok’ bukanlah nama hidangan yang merujuk kepada daging khinzir (pork), sebaliknya istilah itu digunakan untuk merujuk kepada mi berbentuk leper dan nipis.

Mi ini biasanya diperbuat daripada tepung dan telur dan lazimnya dihidangkan dalam hidangan sup daging, ayam atau bebola ikan.

Perkongsian Public Health di laman FB.

Dalam pada itu, ada yang menyangka mi pok merupakan alternatif lebih sihat berbanding mi lain hanya kerana bentuknya yang nipis.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, tanggapan itu sebenarnya kurang tepat memandangkan kandungan kalori semangkuk hidangan tersebut boleh menjadi agak tinggi bergantung kepada bahan dan cara penyediaannya.

"Satu mangkuk biasa dengan sos, minyak, fishball atau daging dan sedikit sayur boleh mengandungi sekitar 450 hingga 650 kcal, bergantung kepada saiz hidangan dan topping.

MENARIK DIBACA: Dimasak tak guna cili, tiada garam dan gula! Mi goreng basah ini tetap sedap 'kebabom'

MENARIK DIBACA: Bukan sebab perencah, rupanya ini rahsia mi segera style kedai mamak

“Dari segi nutrisi, mi pok membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga. Telur, ikan, ayam atau daging pula menambah protein. Sayur seperti sawi dan daun bawang menyumbang serat, vitamin dan mineral,” tulisnya di laman Facebook.

Bagaimanapun ada cara untuk menjadikan hidangan mi pok lebih seimbang dan sihat.

Antaranya dengan mengurangkan penggunaan minyak dan sos, selain menambah sayur-sayuran hijau dalam hidangan.

Mee pok berbentuk leper dan kenyal.

“Pilih protein seperti ayam, telur atau ikan. Kurangkan fishball, fishcake dan makanan proses jika diambil terlalu kerap.

“Jika 'portion' mi besar, boleh minta kurang mi dan lebihkan sayur serta protein.

“Satu mangkuk yang seimbang masih boleh menjadi sebahagian daripada pemakanan harian yang sihat,” ujarnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Anda 'FOMO' beli pinggan mangkuk estetik? Fikir juga risiko kesihatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Tinggi vitamin C, cepat kenyang antara manfaat jambu batu! Ibu hamil makan untuk 'jaga' HB

Terhangat