Pucuk paku boleh tanam dalam pasu... Selain buat kerabu, ini 6 idea sajian lain
SELALUNYA pucuk paku hanya dibeli di pasar atau dipetik dari kawasan kampung, tetapi tahukah anda sayur dengan bentuk kerinting ini sebenarnya boleh ditanam sendiri di rumah?
Lebih menarik, pucuk paku tidak memerlukan kebun yang luas, sebaliknya ia boleh ditanam dalam pasu.
Dengan penjagaan yang betul, pokok ini boleh tumbuh subur dan menghasilkan pucuk baharu untuk dituai apabila diperlukan.
Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad, pucuk paku boleh menjadi antara tanaman yang menarik untuk dicuba.
Selain menjimatkan, dapat juga menikmati sayur segar terus dari halaman rumah.

Bagaimana cara mudah menanam pucuk paku dalam pasu?
Berikut panduan seperti yang dikongsikan laman Arus Perdana Post di Facebook.
Cara tanam pucuk paku dalam pasu:
1. Pilih anak pokok yang sihat
Gunakan anak pokok yang mempunyai daun hijau segar, akar yang baik serta bebas penyakit atau kerosakan.
2. Sediakan pasu
Gunakan pasu bersaiz sederhana atau besar supaya akar mempunyai ruang untuk berkembang.
Pastikan pasu mempunyai lubang saliran bagi mengelakkan air bertakung.
MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk
MENARIK DIBACA: Biskut coklat popular dipercayai tak halal, pewarna berasal dari kumbang cochineal
3. Gunakan tanah yang sesuai
Pucuk paku menyukai tanah yang lembap dan kaya dengan bahan organik.
Anda boleh menggunakan campuran tanah kebun, kompos atau baja organik, cocopeat dan sedikit pasir.
4. Tanam anak pokok
Masukkan medium tanaman ke dalam pasu dan tanam anak pokok pada kedalaman yang sesuai. Padatkan sedikit tanah di sekeliling pangkal pokok supaya ia berdiri kukuh.
Selepas ditanam, siram sehingga tanah menjadi lembap.
5. Pastikan tanah sentiasa lembap
Pucuk paku memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh subur.
Siram secara konsisten mengikut keadaan cuaca bagi memastikan tanah tidak terlalu kering.
Bagaimanapun, elakkan air bertakung kerana keadaan terlalu basah boleh menyebabkan akar rosak.
Dengan penjagaan yang baik, pokok pucuk paku boleh tumbuh subur dan mengeluarkan pucuk baharu untuk dituai apabila diperlukan.

Masakan menggunakan sayur pucuk paku:
- Pucuk paku tumis belacan
- Masak lemak pucuk paku
- Kerabu pucuk paku
- Pucuk paku goreng ikan bilis
- Pucuk paku telur goreng
- Pucuk paku masak lemak udang
- Pucuk paku sambal tumis