EVOO tak sesuai untuk menumis, undang kanser... Fahamkan betul-betul fakta ini
MINYAK zaitun ekstra dara (EVOO) kini menjadi pilihan mereka mahu mengamalkan pemakanan lebih sihat berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun dakwaan seorang individu di Threads bahawa penggunaan EVOO untuk menumis boleh menjadi punca kanser menarik perhatian ramai.
"Tahu tak kalau tersalah guna EVOO boleh menyebabkan kanser?

"Ramai mak-mak atau 'geng diet' tersilap langkah. Niat nak sihat, sanggup beli minyak zaitun mahal untuk menumis sambal atau menggoreng ayam," dakwanya.
Individu itu berkata, memasak menggunakan EVOO dalam suhu tinggi boleh menyebabkan minyak itu mengalami proses pengoksidaan.
Proses itu juga boleh menghasilkan radikal bebas serta bahan berpotensi memudaratkan kesihatan.
"Isu utama adalah smoke point (takat asap). EVOO ibarat pati buah segar sangat sensitif pada haba atau suhu tinggi.
"Apabila guna api besar untuk menumis, suhu kuali akan cecah tahap melampau dan minyak mula berasap tebal. Ketika ini satu tindak balas kimia sangat mengerikan sedang berlaku kat dalam kuali," jelasnya lagi.
MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli
MENARIK DIBACA: Wanita anggap 'rare' masak sambal bubuh santan... Ramai tak setuju, dah berzaman nenek moyang buat!
Jelasnya, haba atau suhu tinggi akan menyebabkan struktur kimia EVOO musnah dan menghasilkan radikal bebas dikenali sebagai carcinogen atau agen utama penyumbang sel kanser.
"Khasiat lebur, minyak sihat tadi dah bertukar jadi toksik jahat penyebab keradangan dalam badan," katanya.
Tambahnya lagi, penggunaan EVOO untuk menumis pada suhu sederhana tidak secara automatik menjadikan minyak itu berbahaya atau menyebabkan kanser.
"Cuba gunakan minyak zaitun jenis pure atau light untuk memasak pada suhu lebih tinggi kerana struktur kedua-dua jenis minyak ini lebih sesuai untuk tumis," katanya.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dan ramai bersetuju dengan penjelasannya tentang penggunaan EVOO dalam masakan harian.
"Bila diberitahu, minyak sawit lagi padu dan berkhasiat untuk memasak, tetap ramai beranggapan minyak zaitun lebih baik.

"Perut kosong waktu pagi cuba amalkan campuran madu, EVOO, minyak habbatussauda dengan air.
"EVOO bukan untuk menumis, untuk dimakan dengan salad atau humus atas lauk pun boleh," antara komen netizen.