Talbinah sajian berasaskan barli jadi ‘comfort food’ ketika sedih
TALBINAH mungkin kurang dikenali oleh generasi muda, tetapi sajian berasaskan barli ini mempunyai tempat tersendiri dalam tradisi masyarakat Islam.
Teksturnya yang lembut dan berkrim menjadikan talbinah sesuai dinikmati ketika kurang berselera untuk makan atau mahukan hidangan ringan.
Menurut perkongsian seorang individu di Threads, talbinah boleh dijadikan antara pilihan makanan ketika seseorang sedang berdepan kesedihan atau tekanan, terutama apabila selera makan berkurangan.
“Ada ketika individu sedang mengalami kesedihan akan hilang selera makan, tetapi jika dihidangkan dengan sajian lembut dan tinggi serat seperti ini dapat membantu mengembalikan keceriaan emosi dan penghadaman,” kongsinya.

Individu itu turut mencadangkan talbinah sebagai ‘comfort food’ untuk mereka sedang mengalami tekanan.
MENARIK DIBACA: Masalah kari susah pecah minyak selesai dengan tip 'tumis awal', guna santan kotak pun menjadi!
MENARIK DIBACA: Pajeri rambutan bukan menu pelik, ramai dah makan sejak kecil... Boleh juga masak kari
Menurutnya, cara penyediaannya juga mudah kerana barli hanya perlu direbus dan dikisar sebelum dicampurkan dengan susu serta madu.

“Jika mahu menambah hiasan, boleh tabur kekacang atau kurma ikut selera masing-masing. Rasa menu ini lemak manis,” katanya.
Walaupun talbinah boleh menjadi pilihan makanan lembut dan mengenyangkan, ia tidak seharusnya dianggap sebagai rawatan untuk masalah emosi atau tekanan.
TRIVIA:
- Dalam tradisi Islam, talbinah dikaitkan dengan hadis Nabi Muhammad SAW sebagai makanan yang diberikan kepada individu sakit atau sedang berduka.
- Talbinah biasanya disediakan menggunakan tepung atau serbuk barli dimasak bersama air atau susu sehingga menjadi lembut.
- Ia juga boleh ditambah dengan madu, kurma atau kekacang mengikut cita rasa.