info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Doh sama tapi hasil berlainan! Penebar roti canai dedah beza bentuk bulat, petak

Lead Image

ROTI canai adalah menu tempatan yang digemari bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.

Pasti anda perasan terdapat dua bentuk roti canai yang sering kita lihat di kedai mamak atau warung iaitu jenis petak dan bulat.

Bagi pelanggan yang tidak tahu, mereka akan menganggap perbezaan roti canai itu hanyalah bentuknya sahaja dengan rasa dan teksturnya tetap sama.

Walaupun menggunakan doh yang sama, namun teknik pembuatan membezakan tekstur roti canai bulat dan petak.

Hakikatnya, kedua-dua roti canai itu memiliki perbezaan bermula dengan teknik penyediaan sehingga mempengaruhi tekstur dan rasanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemilik kedai makan Warung Jiwa dikenali sebagai Hamizan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang penebar roti canai.

"Roti canai kosong bentuk petak dan bulat.

"Doh yang sama, teknik berbeza.

"Saya harap dapat memberi sedikit manfaat buat penggemar roti canai," tulisnya di media sosial.

MENARIK DIBACA: [V] Amir Nafis 'hantu telur', sedar-sedar diejek gemuk! Masuk sekolah menengah kurus, 'handsome' semula

MENARIK DIBACA: Murid darjah 1 'kantoi' curi makanan cikgu! Bukan untuk makan, tapi jual kepada kawan - "Sedih tengok budak sekarang"

Menurutnya, asas penyediaan roti canai petak dan bulat tidak berbeza kerana kedua-duanya menggunakan doh yang sama.

Tetapi cara melipat, membentuk serta tempoh merehatkan doh selepas ditebar menjadi faktor utama yang menghasilkan tekstur berbeza pada setiap jenis roti canai.

Kongsi Hamizan, roti canai berbentuk petak merupakan jenis yang paling biasa ditemui di kebanyakan kedai makan.

Saiznya lebih besar, nipis dan ringan apabila dimakan, selain teksturnya juga lebih rangup terutama pada bahagian luar serta lapisannya tidak begitu kompleks berbanding roti canai bulat.

Roti canai sangat sinonim dengan menu sarapan pagi di Malaysia.

Berbeza pula dengan roti canai bulat yang biasanya mempunyai saiz sedikit kecil selain kulitnya lebih tebal dan mempunyai lapisan yang lebih jelas.

Apabila dikoyakkan, bahagian dalamnya boleh memperlihatkan sekitar lima hingga lapan lapisan yang menjadikannya lebih gebu dan lembut ketika dimakan.

Tekstur berlapis inilah yang sering menjadi kegemaran peminat roti canai kerana lebih kaya rasa serta kenyal pada setiap suapan.

Menurut perkongsian tersebut, salah satu sebab roti canai bulat kurang dijual kerana proses penyediaannya lebih mengambil masa disebabkan doh yang telah dibentuk perlu direhatkan selama tiga hingga lima minit sebelum dimasak di atas kuali leper.

Tempoh rehat ini penting untuk membolehkan lapisan doh terbentuk dengan baik, sekali gus menghasilkan tekstur lembut dan berlapis yang menjadi keistimewaan roti canai bulat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Petani di luar negara gantung beg plastik lutsinar, cara bajet elak lalat hurung buah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Simpan durian 'frozen' dalam bekas banyak kelemahan, teknik balut lebih tahan lama

Terhangat