“Rupanya ikan pun tak pandai siang!” - Fazley Yaakob dedah helah ‘content creator’ masakan, hanya hebat depan kamera
EPISOD pertama podcast Campak-Campak Jadi menampilkan cef selebriti dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob yang berkongsi tentang pembabitannya dalam dunia masakan.
Gelaran juara yang diraih menerusi program MasterChef Selebriti 2012 telah mengubah landskap kerjayanya daripada dunia glamor sebagai anak seni kepada bidang kulinari.
Campak-Campak Jadi berkesempatan mencungkil rahsia kejayaan, cabaran dan halangan ditempuh figura berusia 47 ini untuk memahat namanya dalam industri masakan.
Dalam masa sama Fazley turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan pempengaruh dunia masakan dalam kalangan generasi muda yang hebat beraksi di depan kamera.
Tonton video penuh di YouTube Kuali Official