"Makanan di Kelantan pun dah tak autentik" - Datin Isma kompelin peniaga 'asal boleh', buat cukup syarat
EPISOD terbaharu podcast Campak-Campak Jadi menampilkan usahawan berjaya, Isma Rohaiza yang berkongsi perjalanan hidupnya dari dunia kosmetik ke bidang kulinari.
Mengimbau zaman kanak-kanak, beliau mendedahkan minatnya terhadap masakan mula berputik sejak kecil apabila sering membantu di dapur dan terdedah dengan pelbagai resipi tradisional keluarga.
Beliau kemudian mencipta nama dalam dunia perniagaan menerusi jenama kosmetik Tia Amelia yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna tempatan.
Menerusi penubuhan Restoran Kantan, beliau berjaya mengangkat hidangan Pantai Timur dengan sentuhan moden sekali gus memperkukuhkan jenamanya dalam industri makanan di Malaysia.
TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI