KUALI | Video

Anak bujang Shiera, Ijoy tunjuk bakat buat kopi... Airell seronok ceburi bidang perniagaan

NAMPAKNYA anak lelaki Sharifah Shahirah dan Ijoy iaitu Airell Zulkifly pun dah mula menceburi bidang perniagaan.

Mengusahakan kios menjual minuman kopi di Enjoy's Corner, Taman Melawati, Kuala Lumpur, Airell mengakui seronok memulakan langkah sebagai seorang usahawan muda.

Bercakap mengenai perniagaannya itu, Airell memberitahu kios minumannya itu dibuka setiap hari bermula pukul 6 petang hingga lewat malam.

Kata Airell lagi, dia sendiri yang akan menyediakan minuman untuk pelanggan.

Malah, Airell turut menunjukkan satu menu baharu yang baru sahaja dilancarkan di gerainya itu.

TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular