Wajib cuba! Nasi ayam gepuk menu istimewa di ‘For Your Perut’
SEJAK kebelakangan ini, Cyberjaya cukup terkenal dengan lambakan kafe dan restoran yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa.
Jika berkesempatan ke Tamarind Square, apa kata singgah ke Kafe For Your Perut yang menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan seperti nasi ayam gepuk, Indo mi, tomyam bihun dan nasi lemak ayam rendang.
Paling penting, semua menu yang disediakan memang sedap ditambah pula suasana tenang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai bersama keluarga dan teman-teman.
For Your Perut memang patut masuk dalam senarai 'port' makan wajib anda cuba!
Alamat : For Your Perut, Tamarind Square, Cyberjaya
Waktu Operasi : 8.30 pagi - 7.30 malam
Tonton video penuh di YouTube Kuali.