KUALI | Nutrisi

Kalau tengah diet elok makan jambu batu, siap boleh bantu cantikkan kulit

Lead Image

MULAKAN langkah ke arah gaya hidup sihat dengan memilih jambu batu sebagai buah pilihan anda.

Selain rasanya enak, jambu batu turut mengandungi khasiat luar biasa membantu mengekalkan berat badan ideal, meningkatkan penglihatan dan memperkuat sistem imun. 

Ia menjadi pilihan kerana mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat tinggi, menjadikannya salah satu buah sangat bermanfaat untuk pelbagai aspek kesihatan. 

Berikut adalah lima kebaikan utama jambu batu yang patut anda tahu.

Jambu batu tidak mengandungi kolesterol mengganggu diet sihat anda.

1. Kurangkan berat badan

Rendah kalori dan kandungan karbohidrat, buah ini tidak mengandungi kolesterol mengganggu diet sihat anda. 

MENARIK DIBACA: Memang sedap dibuat goreng sumbat sambal... Penghidap gout kena hati-hati, ikan cencaru boleh jadi ‘silent killer’

MENARIK DIBACA: Bukan setakat sedap buat colek, kena cuba kerabu buah limau gajah

Jambu batu juga diperkaya dengan mineral dan vitamin penting diperlukan tubuh serta serat membantu lebih lama. 

Kandungan gula dalam jambu batu lebih rendah berbanding buah lain seperti epal, oren dan anggur. 

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan mata dan penglihatan baik.

2. Memperbaiki penglihatan

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan mata dan penglihatan baik maka pengambilan buah ini membantu memperlahan pembentukan katarak dan mengurangkan risiko penglihatan kabur.

Bagi individu mengalami rabun malam atau sukar melihat dalam gelap, mengamalkan jambu batu kaya vitamin A membantu meningkatkan penglihatan.

Pengambilan jambu batu dalam diet seharian amat digalakkan.

3. Meningkatkan sistem imunisasi

Hanya dengan makan satu biji jambu batu bersaiz sederhana, anda sudah mendapat vitamin C dua kali ganda lebih banyak daripada keperluan harian badan. 

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan kuat meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan dan penyakit. 

Jambu batu kaya dengan kalium dan vitamin A membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.

4. Kandungan kalium kawal tekanan darah

Jambu batu kaya dengan kalium dan vitamin A membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan menghalang darah menjadi pekat. 

Kalium sangat penting untuk fungsi otot, termasuk otot jantung dan membantu menstabilkan tekanan darah. 

Kandungan vitamin E, K dan B6 turut membantu dalam pembentukan darah dan menjaga kesihatan keseluruhan sistem peredaran darah.

Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam buah ini membantu memperbaiki tekstur kulit.

5. Kulit sihat menawan 

Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam buah ini membantu memperbaiki tekstur kulit serta melambatkan proses penuaan. 

Antioksidan melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas, menjadikan kulit lebih bersinar dan mengurangkan kedutan. 

Selain dimakan, daun jambu batu juga boleh digunakan sebagai bahan semula jadi untuk merawat kulit bermasalah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Khasiat aloe vera memang tiada lawan! Rupanya boleh jadi ubat ulser mulut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kandungan gulanya 2 kali ganda, ramai tak tahu ‘cheese leleh’ bukannya keju asli

Terhangat