info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Serangga dikatakan 'benci' 4 bahan dapur ini, boleh guna untuk halau semut

Lead Image

GERAM jadinya apabila buka bekas gula, nampak semut bukan maian banyak berkerumun.

Bagi mengatasi masalah itu, seorang wanita di Threads dikenali sebagai Nawalhudaa berkongsi petua ringkas yang boleh dicuba kerana hanya menggunakan bahan biasa di dapur.

Menurutnya, beberapa kuntum cengkih boleh diletakkan terus ke dalam bekas gula bagi membantu mengelakkan kehadiran semut.

“Bagi mengelakkan semut masuk dalam bekas gula, letak beberapa biji cengkih dalam bekas. insyaAllah akan bebas semut,” kongsinya di Threads.

Selain berkhasiat, aroma rempah kuat pada kayu manis sering digunakan sebagai petua menghalau semut.

Cengkih sememangnya mempunyai aroma kuat dan sering digunakan dalam pelbagai petua. 

Kandungan sebatian aromatik seperti eugenol menghasilkan bau dan rasa tajam dipercayai boleh mengganggu jejak bau digunakan semut untuk berkomunikasi dan mencari sumber makanan.

MENARIK DIBACA: Saffron rempah paling mahal di dunia, khasiatnya jadi buruan… Mampu atasi kemurungan

MENARIK DIBACA: Enam jenis rempah ‘mat salleh’ ini cukup serasi dengan masakan tempatan

Selain cengkih, terdapat beberapa bahan lain sering disarankan untuk membantu menghalau semut daripada bekas gula:

1. Kulit kayu manis

Kulit kayu manis mempunyai bau agak kuat dan dikatakan kurang disenangi semut. Sebatang kecil kulit kayu manis boleh diletakkan di dalam atau berhampiran bekas gula.

Daun pandan juga membantu mengurangkan kehadiran semut di sekitar kawasan dapur.

2. Daun pandan

Selain memberikan aroma wangi pada masakan, daun pandan juga digunakan sebagai petua untuk mengurangkan kehadiran serangga di ruang dapur.

3. Bunga lawang

Bunga lawang turut mempunyai aroma rempah kuat. Boleh cuba letakkan beberapa kuntum di dalam bekas gula sebagai salah satu cara untuk menghalau semut.

Daun limau purut membantu menghalau semut kerana aroma sitrus kuat.

4. Daun limau purut

Daun limau purut mempunyai bau sitrus kuat juga sering menjadi pilihan dalam petua menghalau serangga.

Letakkan beberapa helai daun berhampiran bekas gula dan pastikan ia tidak mengotorkan atau mencemarkan gula.

Perkara paling penting, pastikan bekas gula sentiasa bersih dan ditutup rapat selepas digunakan. 

Jika semut sudah masuk ke dalam gula, sebaiknya periksa juga kawasan sekeliling bagi mengenal pasti punca kehadirannya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Sambal pahit sebab hangit masih boleh diselamatkan guna petua-petua ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Guna daun limau antara petua hilangkan 'bau masak'... Dapur wangi natural, bebas bahan kimia

Terhangat