info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Patutlah cun sentiasa! Ini makanan rutin 7 artis K-Pop untuk cantikkan kulit, rambut

Lead Image

KULIT 'glowing' dan rambut sihat seseorang bukan semata-mata disebabkan hasil penggunaan produk 'skincare' mahal atau rutin penjagaan jangka panjang. 

Apa yang masuk ke dalam badan juga memainkan peranan penting dalam menjaga penampilan kulit wajah dan rambut.

Sebab itu, ramai selebriti dan idola K-pop turut mementingkan aspek pemakanan dalam kehidupan seharian mereka. 

Daripada strawberi, telur, kimchi hinggalah coklat gelap, ini antara makanan yang dikaitkan dengan rutin beberapa artis Korea untuk membantu mengekalkan penampilan cantik dan sihat.

Strawberi ini kaya dengan vitamin C.

1. IU – Strawberi

IU dikatakan gemar makan strawberi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan 'glowing'.

Strawberi kaya dengan vitamin C, antioksidan dan likopena yang baik untuk kulit serta rambut.

2. Son Na-eun – Telur

Son Na-eun pula mempunyai rutin mengambil telur ketika sarapan.

Telur kaya protein yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan kolagen bagi membantu mengekalkan keanjalan kulit.

MENARIK DIBACA: Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi

MENARIK DIBACA: Selepas Korean pancake, ramai cari resipi bibimbap pula... Cara buatnya kena sabar baru sedap

3. Lisa Blackpink – Kopi

Lisa memulakan hari dengan secawan kopi. 

Selain memberikan tenaga, kopi mengandungi antioksidan yang baik untuk kulit, tetapi elak minum berlebihan.

4. Bae Suzy – Kimchi

Suzy dikatakan gemar menikmati kimchi yang kaya dengan bakteria baik. 

Makanan diperam ini boleh membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan yang turut dikaitkan dengan kesihatan kulit.

5. Son Ye-jin – Buah Pic

Son Ye-jin dikatakan gemar makan buah pic. 

Buah ini mengandungi vitamin A, vitamin C dan antioksidan yang membantu menyokong kesihatan kulit.

Jessica menggemari coklat gelap yang kaya dengan antioksidan.

6. Jessica Jung – Anggur Merah

Jessica Jung dikatakan menggemari anggur merah yang kaya dengan polifenol.

Sebatian antioksidan ini membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

7. Krystal Jung – Coklat Hitam

Krystal Jung dikaitkan dengan pengambilan coklat gelap (dark chocolate). 

Kandungan flavanol dalam coklat gelap mempunyai sifat antioksidan dan boleh menyokong kesihatan kulit. 

Pilih yang mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

Evertts Gomes suka masuk dapur sejak kecil, intai rahsia masakan ibu - "Selalu juga kena marah, dihalau"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

Subur, gemuk-gemuk! Bayam tumbuh berselerak di kebun Farah Ahmad buat ramai 'geram'

Terhangat