info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Sambal pahit sebab hangit masih boleh diselamatkan guna petua-petua ini

Lead Image

SETIAP orang pasti pernah berdepan situasi tidak dijangka di dapur, termasuklah terleka seketika sehingga sajian yang dimasak hangit.

Seorang wanita di Facebook meminta bantuan orang ramai selepas sambalnya yang hangit masih terasa pahit walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk 'menyelamatkannya'.

Dalam perkongsiannya, wanita itu menjelaskan sambal yang dimasak hangit di bahagian bawah gara-gara dirinya terleka.

Antara tip yang dicadangkan adalah dengan menggunakan gula nisan.

"Boleh bagi tip tak macam mana nak hilangkan rasa pahit dekat sambal? Saya terleka tadi, hangit kat bawah.

"Saya dah tukar kuali lain, dah 'blend' dan tambah bawang. 

"Saya tambah juga cili kering yang dah 'blend'. Tapi rasa pahit masih ada. Kalau ada tip lain, tolong kongsi. Kot-kot masih boleh diselamatkan," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"

MENARIK DIBACA: Rahsia orang dulu masak sedap lain macam! Kena sabar, guna petua pecah minyak 3–4 kali

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang tidak lokek berkongsi pengalaman serta petua masing-masing bagi mengurangkan rasa pahit pada sambal.

Antara cadangan yang paling banyak mendapat perhatian ialah penggunaan gula nisan yang dikatakan mampu membantu mengimbangi rasa pahit.

"Gula nisan itu jalan penyelesaiannya," komen seorang pengguna.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya dia menambah daun pandan dan serai ke dalam sambal kerana aroma kedua-dua bahan tersebut dipercayai dapat membantu mengurangkan rasa hangit serta memberikan haruman yang lebih menyelerakan.

Memasukkan helaian daun pisang juga menjadi salah satu tip dikongsikan netizen.

"Cuba letak daun pandan sama serai lebih sikit dalam sambal," ujar seorang lagi netizen.

Seorang lagi pengguna pula berkongsi petua tradisional dengan mencadangkan penggunaan daun pisang atau hampas kelapa parut bagi menyerap rasa pahit sambal.

"Letakkan dalam sambal atau kalau ada hampas kelapa parut, buat macam sup bunjut bersaiz besar untuk serap pahit sambal," kongsinya.

Dalam masa sama, terdapat juga pengguna yang berpendapat jika rasa pahit masih terlalu kuat selepas pelbagai usaha dilakukan, kemungkinan besar sambal tersebut sudah menyerap rasa hangit dan sukar untuk dipulihkan sepenuhnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Buat baja organik guna sisa ikan bilis! Tanaman subur, tomato dan cili 'meriah' di pokok

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Serangga dikatakan 'benci' 4 bahan dapur ini, boleh guna untuk halau semut

Terhangat