KUALI | Nutrisi

Jangan main ‘bedal’ saja! 5 jenis buah-buahan ini bahaya buat pesakit jantung

Lead Image

RAMAI orang gemar menikmati buah-buahan kerana rasanya yang manis, segar dan memuaskan.

Buah-buahan juga sebagai sumber nutrisi kaya dengan serat, vitamin dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh.

Namun, di sebalik rasa manis dan sedap itu ternyata ada juga buah-buahan yang tidak sesuai dimakan secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu dan menyebabkan masalah saluran darah tersumbat.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, darah tinggi atau penyakit jantung, sebaiknya elakkan atau kurangkan pengambilan buah-buahan ini.

Mahu tahu apa lima jenis buah tersebut, jom Kuali kongsikan;

Pengambilan buah durian secara berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah.

1. Durian

Durian adalah buah yang kaya dengan kalori dan lemak tepu.

MENARIK DIBACA: Aliff Syukri tunjuk cara buat kerabu sare Kelantan… Rasa pedas, masam dan berlemak buat ramai terpikat

MENARIK DIBACA: Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam

Walaupun lemak dalam durian tidak sebanyak dalam makanan berproses, pengambilan raja buah itu secara berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol dan risiko pembentukan plak dalam saluran darah.

Kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan berisiko menyempitkan arteri dalam darah.

2. Kelapa

Kelapa mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Lemak tepu ini boleh meningkatkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, yang mana boleh menyebabkan penyempitan arteri dan mengganggu aliran darah.

Rasa manis anggur ini adalah kerana kandungan gula semula jadi yang tinggi.

3. Buah anggur dan mangga

Buah-buahan ini mempunyai kandungan gula semula jadi yang tinggi.

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan peningkatan berat badan dan risiko diabetes dan kedua-duanya merupakan faktor risiko utama penyakit jantung serta penyumbatan saluran darah.

Buah kering ini sebenarnya juga mengandungi kandungan gula yang sangat kerana air buah sudah dikurangkan.

4. Buah-buahan kering

Buah kering seperti kurma dan kismis sebenarnya mengandungi gula yang sangat pekat kerana airnya sudah dikurangkan.

Jika dimakan secara berlebihan, ia boleh menyumbang kepada peningkatan gula darah dan masalah metabolik yang akhirnya memberi kesan negatif kepada kesihatan saluran darah.

Tak terlepas buah nangka juga mengandungi kalori yang tinggi dan berisiko meningkatkan bacaan kolesterol.

5. Nangka

Walaupun sedap dan manis, nangka mempunyai kandungan gula dan kalori yang agak tinggi.

Sama seperti buah-buahan manis lain, ia perlu dimakan dalam kuantiti yang terkawal bagi mengelakkan risiko masalah gula darah dan kolesterol.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Jus kunyit bantu cerahkan kulit, kalau tak sanggup ‘telan’ boleh cuba resipi ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Ramai takut nak cuba low carb diet, fahami 5 fakta mengenainya terlebih dahulu

Terhangat