Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam
MEMILIKI ketiak licin dan bersih sememangnya menjadi idaman ramai para wanita.
Namun, masalah bulu ketiak yang lebat atau tumbuh dengan cepat sering kali mengganggu penampilan dan keyakinan diri.
Walaupun terdapat pelbagai kaedah moden seperti mencukur, waxing atau rawatan laser, kaedah semula jadi menggunakan bahan dapur juga semakin popular kerana ia murah.

Selain lebih menjimatkan, ia juga dianggap lebih selamat dan mesra kulit terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Berita baiknya, anda tidak perlu keluar rumah untuk mencuba rawatan moden.
MENARIK DIBACA: Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun
MENARIK DIBACA: Awas! 5 makanan ini boleh buat anak tersedak, ibu bapa kena beri lebih perhatian
Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa terdapat di dapur, anda boleh merawat dan mengurangkan pertumbuhan bulu ketiak secara semula jadi.

1. Kunyit dan susu
Penggunaan kunyit dapat membantu melemahkan akar bulu jika digunakan secara konsisten.
Anda boleh campurkan 1 sudu besar serbuk kunyit (atau kunyit hidup ditumbuk) bersama 1-2 sudu besar susu segar.
Caranya adalah campur kunyit dan susu sehingga jadi pes kemudian sapu pada ketiak lalu biarkan selama 15-20 minit.
Kemudian gosok perlahan-lahan sebelum bilas dengan air suam.

2. Gula dan lemon
Penggunaan gula bertindak sebagai scrub semula jadi yang boleh menarik bulu keluar perlahan-lahan.
Anda boleh campurkan 2 sudu gula bersama 1 sudu jus lemon dan sedikit air.
Caranya campurkan bahan menjadi pes kasar kemudian sapu pada ketiak dan urut dalam gerakan bulat.
Biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas.

3. Putih telur dan tepung jagung
Penggunaan putih telur dapat menarik bulu halus dan sel mati.
Bahan-bahannya adalah 1 biji putih telur, 1 sudu tepung jagung dan 1 sudu gula.
Caranya campurkan semua bahan hingga jadi pes pekat kemudian sapu lapisan nipis pada ketiak.
Biarkan kering, kemudian tarik perlahan seperti masker.