KUALI | Minuman
Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya
HARUMAN teh buah pelaga hangat mula menjadi pilihan masyarakat tempatan terutama ketika cuaca sejuk atau waktu santai di petang hari.
Dengan rasa berempah, manis dan berkrim, resipi teh dikongsikan Lia’s Little Kitchen ini bukan sahaja menyegarkan tetapi juga menenangkan.
MENARIK DIBACA: [V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best
MENARIK DIBACA: Smoothie pisang berkhasiat, tambah biskut dan krim lagi sedap!
Nikmati secawan teh harum dikenali secara tradisional di India, Pakistan dan Timur Tengah ini bersama keluarga.
Biarpun cara penyediaan teh ini agak rumit, tapi hasilnya memang tidak menghampakan!
Bahan-bahan
Sesuai untuk 2 - 3 cawan
- 8–10 biji buah pelaga
- 3 uncang teh atau 1 sudu besar serbuk teh hitam
- 2 cawan air
- 2 sudu besar susu pekat manis (ikut citarasa)
- 1/2 tin susu cair (pilihan)
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (pilihan)
- Secubit garam
Cara penyediaan
- Rebus air bersama buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan teh dan biarkan mereneh 3–5 minit.
- Tambah susu pekat dan susu cair. Gaul sebati.
- Masukkan serbuk kayu manis dan garam jika suka.
- Tapis dan hidang panas.
- Sesuai diminum waktu pagi atau petang juga sempurna untuk kuih-muih anda.