Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan
KALAU sebelum ini anda hanya menikmati kopi 3 dalam 1 dengan hanya menuang air panas, ada cara lain untuk meningkatkan keenakannya dengan cara sangat mudah.
Resipi Frozen Coffee dari Ben Suka Baking di TikTok ini bukan sahaja sedap tetapi menjimatkan belanja tanpa perlu membelinya di kafe.
Hanya menggunakan tiga bahan dan kerajinan, frozen coffee yang dibuat sendiri memang lebih puas hati.
MENARIK DIBACA: [V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best
MENARIK DIBACA: Smoothie pisang berkhasiat, tambah biskut dan krim lagi sedap!
Jadi, jangan tunggu lagi cuba buat pati kopi beku ini, simpan dalam peti sejuk dan setiap kali teringin, anda boleh minum kopi sedap dalam sekelip mata!
Bahan-bahan
- 50g kopi segera
- 50g gula
- 100g air panas
Cara penyediaan
- Campurkan kesemua bahan kopi segera, gula, dan air panas ke dalam satu mangkuk.
- Gunakan pemukul telur untuk mengadun bahan-bahan ini sehingga kembang dan pekat. Pastikan adunan menjadi lembut seperti krim dan berbuih.
- Setelah itu, simpan adunan kopi ini dalam peti beku sekurang-kurangnya empat jam sehingga ia membeku dan menjadi seperti aiskrim.
- Apabila anda ingin menikmati Frozen Coffee, cedok sedikit pati kopi beku ke dalam cawan, campurkan dengan susu sejuk dan ais.
- Kacau sebati, dan siap– kopi sejuk sedap dan menyegarkan tersedia untuk dinikmati!