KUALI | Minuman

Ledakan rasa tropika, oren nanas sparkling penyegar tekak

Lead Image

CUACA panas memang nikmat jika kita dapat menghirup minuman sejuk yang menyegarkan tekak.

Sunquick nanas sparkling melegakan dahaga dengan gabungan rasa masam manis yang sempurna.

Kombinasi oren sunquick, nanas dan jus lemon segar serta sentuhan gelembung soda menjadikan setiap tegukan penuh dengan rasa tropika.

Bukan sahaja cantik dipandang, minuman ini dihiasi hirisan lemon dan daun pudina yang menambah aroma segar, sesuai dinikmati seisi keluarga.

Berikut resipi Sunquick nanas sparkling yang anda boleh hasilkan di rumah:-

Gabungan nanas dan oren memberikan ledakan rasa tropika.

Bahan-bahan

  • 2–3 sudu besar Sunquick
  • ½ cawan sparkling
  • Secubit garam pink Himalaya
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1½ sudu besar nanas kiub dalam tin (bersama airnya)
  • ½ cawan ketulan ais
  • 1 hirisan lemon
  • Sedikit daun pudina

MENARIK DIBACA: Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan

MENARIK DIBACA: Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya

Cara penyediaan

  1. Tuangkan Sunquick ke dalam gelas mengikut cita rasa. Tambahkan air sparkling dan secubit garam. Gaul rata.
  2. Perahkan jus lemon ke dalam campuran tadi dan kacau sebati.
  3. Masukkan ketulan ais, nanas kiub serta sedikit air dari tin nanas.
  4. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan lemon dan daun pudina.
  5. Sedia untuk dinikmati!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Kena cuba red bean & berry milkshake, resipi ‘twist’ guna aiskrim kacang merah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan

Terhangat