Kombinasi buah-buahan, susu strawberi dan soda menggoda selera... Ini resipi hwachae 'desert' popular Korea
CUACA panas di Malaysia memang membuatkan kita teringin menikmati sesuatu yang sejuk, manis dan menyegarkan.
Kalau di Korea Selatan, salah satu pencuci mulut menjadi pilihan ramai ialah hwachae, minuman berwarna warni yang menggabungkan pelbagai buah-buahan segar.
Kombinasi susu strawberi dan soda pula menjadikan minuman ini bukan sahaja sedap, tetapi menarik dipandang.
Bayangkan mangkuk besar penuh tembikai, buah naga merah menyala dan jeli kenyal, semuanya bersatu dalam campuran susu dan soda yang memberikan sensasi dingin serta melegakan tekak.
Satu tip tambahan, penambahan secubit garam dalam minuman ini turut menambahkan rasa lemak.

Bahan-bahan
- 3 cawan tembikai (dipotong kiub)
- 1 cawan strawberi (dihiris)
- 1 biji buah naga (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- ½ tin buah campur
- 3 senduk jeli kelapa atau nata de coco
- ⅓ cawan susu pekat manis
- 1 ½ cawan susu strawberi (atau susu biasa)
- 1 ½ cawan soda berperisa lemon-limau
- Secubit garam
MENARIK DIBACA: Rasanya menyegarkan, teh O longan rahsia ‘boost’ tenaga sepanjang hari
MENARIK DIBACA: Resipi Lychee Rose Sparkling Kak Salmah rasa premium, siap dalam 5 minit
Cara penyediaan
- Masukkan semua buah yang telah di potong ke dalam mangkuk besar.
- Tambahkan jeli kelapa dan gaul perlahan agar campuran buah sekata.
- Tuang susu pekat manis secara drizzle ke atas campuran buah.
- Masukkan susu strawberi atau susu biasa. Kacau perlahan sehingga susu pekat manis sebati dengan cecair.
- Tambahkan soda lemon-limau untuk memberi rasa menyegarkan dan sedikit buih yang ringan.
- Tambah secubit garam dan kacau hingga sebati.
- Masukkan kiub ais mengikut citarasa anda