KUALI | Pastri

[V] Puding roti cokelat pisang lembut dan enak, sedap dimakan sejuk-sejuk!

Lead Image

SELAIN dibuat sandwic, roti tawar juga selalu dijadikan sarapan pagi ringkas untuk dimakan bersama jem atau kaya.

Selain itu, roti juga boleh menjadi penyelamat perut ketika waktu tengah malam apabila berasa lapar. 

Cukup sekadar menggoreng sebiji telur dan dijadikan seperti burger telur sudah boleh membuatkan perut anda berasa kenyang.

MENARIK DIBACA: [V] Liza Hanim jaga pemakanan keluarga, percaya penentu kesihatan pada masa depan

MENARIK DIBACA: Loghat Perak angkat nama ‘Anna whats cooking’ dalam bidang masakan... Periuk ‘cast iron’ pelbagai warna paling curi tumpuan!

Selain itu, roti juga boleh diolah untuk dijadikan pelbagai pencuci mulut seperti puding roti yang sangat enak dan digemari bukan sahaja oleh orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.

Jom Kuali kongsikan resipi puding roti cokelat pisang untuk anda cuba buat sendiri di rumah.

Mana tahu boleh jadi hidangan keluarga anda ketika cuti hujung minggu nanti.

Bahan-bahan

  • 5-7 keping roti
  • Serbuk koko
  • Cip cokelat
  • 1 bungkus serbuk agar-agar putih
  • sebiji pisang
  • Sebiji telur
  • 3 cawan susu krim 
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa

Langkah penyediaan

  1. Hiris/potong kulit pada bahagian tepi roti.
  2. Rebus selama lima minit kepingan roti sehingga lembut kemudian angkat dan ketepikan dalam kuali lain.
  3. Pecahkan sebutir telur ke dalam kuali berisi roti yang telah direbus.
  4. Masukkan 3 cawan susu krim penuh dan gaul campuran sehingga roti menjadi hancur/sebati (jangan buka api).
  5. Dalam kuali berbeza, masukkan tiga sudu besar gula pasir, sebungkus serbuk agar-agar putih dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan 3 cawan susu krim penuh bersama 5 sudu besar susu pekat manis. Gaul sehingga sebati.
  7. Masukkan campuran tadi ke dalam kuali berisi adunan roti.
  8. Guna api sederhana dan gaul adunan perlahan-lahan.
  9. Masukkan 1 sudu besar merjerin untuk rasa berlemak dan kacau sehingga mendidih.
  10. Selepas mendidih, bahagi adunan kepada dua bahagian.
  11. Campurkan cip coklat dan 3 sudu besar serbuk koko ke dalam salah satu bekas adunan dan gaul sehingga rata.
  12. Susun pisang yang telah dihiris dalam sebekas loyang.
  13. Masukkan adunan ke dalam loyang berselang-seli dan susun hirisan pisang pada setiap lapisan sehingga habis.
  14. Simpan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga mengeras.
  15. Selepas mengeras, tabur serbuk koko di atas puding roti dan potong mengikut cita rasa anda. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Tak payah beli! Jom ikut resipi dorayaki cara Che Sayang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Kuih talam sedap dibuat minum petang, tepung kacang hijau rahsia penyedap lapisan santan

Terhangat