Burger bergedil tuna memang unik, alternatif sihat tapi mengenyangkan
JIKA anda peminat makanan fusion, resipi Burger Bergedil Tuna ini pasti memikat selera!
Dengan menggabungkan elemen tradisional Melayu seperti bergedil kentang dan ramuan ringkas ala Barat, hidangan ini mempunyai keunikan tersendiri.
Dihasilkan menggunakan tuna, kentang, dan sayur segar, burger ini bukan sahaja mudah disediakan malah lebih sihat dan ringan berbanding burger biasa.
MENARIK DIBACA: Ais krim laici ‘homemade’ buat ketagih, perah lemon sikit memang terangkat rasanya
MENARIK DIBACA: Masih terasa keenakan bihun goreng makcik kantin, rupanya ini rahsia buat ramai terkenang-kenang
Bukan itu sahaja, ia juga sesuai dijadikan sarapan atau snek petang santai buat mereka inginkan hidangan santai.
Berikut adalah resipi dan cara penyediaannya:
Bahan-bahan:
- 185 g isi ikan tuna dalam air (toskan)
- 1 tangkai daun ketumbar (dicincang)
- 1 tangkai cili merah (dipotong)
- 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
- 1 biji telur
- 1 biji kentang (dipotong dadu)
- 2 biji kentang (rebus dan lenyekkan)
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan ke dalam satu mangkuk besar dan gaul sehingga sebati.
- Bentukkan adunan menjadi beberapa kepingan bulat kecil.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng kepingan tersebut sehingga berwarna coklat keemasan.
- Untuk hidangan yang lebih menarik, susun kepingan bergedil ini bersama daun salad, mayonis dan hirisan bawang merah di dalam roti kecil untuk dijadikan burger mini.