KUALI | Resipi Moden

Makan tanpa ragu-ragu, pankek oren vegan sihat dan menyelerakan

Lead Image

RAMAI mengelak mengambil sarapan yang berasaskan tepung kerana ia bukan sahaja tinggi dengan kandungan karbohidrat tetapi pilihan tidak sesuai buat mereka yang sedang berdiet.

Tetapi anda sebenarnya masih boleh menikmati sarapan tanpa rasa bersalah malah resipi ini lebih sihat dan mudah disediakan.

Jom cuba resipi pankek oren vegan dengan kombinasi pelbagai buah-buahan segar bersama sirap maple yang menyegarkan.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 1 cawan jus oren
  • 1/2 sudu besar kulit oren, diparut
  • 1/2sudu besar soda bikarbonat
  • 1/2sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar sirap maple
  • Pati vanila
  • 2 sudu besar minyak kelapa/minyak bunga matahari
  • Buah-buahan beri
  • Garam secukup rasa

Langkah penyediaan

  1. Guna bekas bersaiz sederhana, campurkan tepung serbaguna, soda bikarbonat, serbuk penaik dan secubit garam di dalam bekas tersebut.
  2. Untuk bahan dikisar, campurkan jus     oren, kulit oren, vanila, sirap maple dan sedikit minyak. Kisar sehingga halus dan sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul sehingga sebati. Pastikan adunan halus tanpa ketulan tepung.
  4. Panaskan kuali berbentuk leper dengan api sederhana. Sapukan sedikit minyak.    
  5. Tuangkan adunan menggunakan ¼ cawan ke dalam kuali leper yang sudah dipanaskan.
  6. Masak sehingga adunan yang dituangkan kelihatan gelembung-gelembung kecil.
  7. Terbalikkan dan masak selama beberapa minit sehingga warna adunan menjadi coklat keperangan.
  8. Sapukan marjerin atau mentega kacang pada pancake yang sudah dimasak. Tuangkan sirap maple.
  9. Untuk kelihatan lebih menarik, pancake juga boleh dihidangkan bersama buah-buahan segar seperti strawberi, beri atau kismis.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Tak payah penat-penat uli doh, roti putih pun sedap dibuat kulit karipap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Ingatkan susah sangat nak buat, ini cara mudah masak pasta pesto 

Terhangat