KUALI | Resipi Moden

[V] Tak susah buat aiskrim yogurt buah-buahan, hanya perlu 2 bahan

Lead Image

SERONOK rasanya dapat menikmati makanan masam manis menyejukkan tekak seperti aiskrim yogurt buah-buahan segar.

Hanya menggunakan dua bahan iaitu yogurt dan buah-buahan kegemaran seperti stawberi dan beri hitam, gabungan rasa masam manis terhasil daripada aiskrim ini membantu mengembalikan tenaga dan menambah keceriaan hari.

Tambahan pula, resipi aiskrim yogurt buah-buahan ini yang bebas penggunaan gula putih, menjadikan ia pemanis mulut sesuai untuk sesiapa yang menjaga pengambilan makanan bahkan boleh dinikmati sebagai snek buat anak.

MENARIK DIBACA: Senang betul buat churros, ini rahsia rangup di luar dan lembut di dalam

MENARIK DIBACA: [V] Ini rahsia masak udang harimau lemak cili, tambah kacang panjang lebih sedap

Nak lagi menyelerakan, simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya selama 3 jam atau semalaman.

Jom cuba buat askrim yogurt buah-buahan homemade yang sangat sedap ini.

Bahan-bahan

  • Yogurt asli
  • Buah-buahan segar (strawberi dan beri hitam)

Cara penyediaan

  1. Sediakan satu bekas kecil atau bersesuaian mengikut saiz anda suka. Bekas plastik kecil bertutup juga sesuai jika mahu simpan dalam peti sejuk beku.
  2. Potong kecil buah-buahan atau kisa halus menjadi puri supaya senang dicampur dalam bekas.
  3. Lapisan pertama, masuk buah-buahan dipotong kecil atau kisar halus ke dalam bekas plastik kemudian diikuti dengan yogurt. Lakukan berulangan mengikut saiz bekas.
  4. Simpan dalam peti ais dan siap untuk dihidang!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Ini cara orang Thailand buat pulut mangga, memang habis sepinggan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Senang jer nak buat Panna Cotta, pencuci mulut sempurna buat seisi keluarga

Terhangat