KUALI | Resipi Tradisi

Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu

Lead Image

BILA sebut sahaja nasi lemak, pasti semua terbayang kenikmatan santapan popular yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia. 

Dengan aroma santan wangi, sambal pedas menyengat dan lauk-lauk pelengkap seperti telur rebus, ikan bilis goreng serta kacang tanah, nasi lemak kekal jadi pilihan sarapan pagi klasik yang tak pernah lekang dek zaman.

Tapi kini, nasi lemak sudah banyak dimodenkan dengan pelbagai lauk campuran sampaikan rasa asli nasi lemak legend itu sedikit terpinggir.

Lagi nikmat bungkus nasi lemak pakai daun pisang dan surat khabar.

Pasti ramai antara anda rindu dengan keenakan nasi lemak legend yang biasa dijual di kampung-kampung suatu ketika dahulu, kan?

Jangan risau, Kuali nak kongsikan rahsia untuk dapatkan nasi lemak rasa legend itu kembali.

Mudah sahaja rahsianya ialah nasi lemak ‘diperam’ seketika sebelum dinikmati akan menghasilkan rasa dan aroma lebih menggoda, seolah-olah menyimpan warisan rasa turun-temurun yang tidak ramai tahu.

MENARIK DIBACA: Jangan tunggu dah rabun baru nak bertindak, amal terung pipit jaga kesihatan mata

MENARIK DIBACA:[V] Bakteria baik pun kena diberi makan, puding prebiotik bersama chia pilihan sihat untuk kesihatan usus

Lebih menarik, cara lama membungkus nasi lemak menggunakan kertas surat khabar bukan sahaja menambah sentuhan rasa klasik, tetapi juga memberi rasa unik pada setiap suapan. 

Inilah yang membuat nasi lemak legend tetap dirindui!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras 
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan 
  • 1 sudu kecil garam
  • Sambal tumis cili
  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Timun hiris

Langkah penyediaan:

  1. Masukkan beras, santan, air, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi atau periuk biasa.
  2. Masak nasi seperti biasa hingga nasi menjadi lembut.
  3. Biarkan nasi sejuk selama beberapa jam untuk rasa yang lebih menyerap. 
  4. Sediakan sambal dan lauk-lauk pelengkap.
  5. Ambil sekeping surat khabar bersih, letakkan daun pisang di atasnya sebagai lapisan tambahan jika mahu.
  6. Letakkan nasi lemak, sambal dan lauk dalam surat khabar dan bungkus kemas.
  7. Biarkan bungkusan nasi lemak selama beberapa jam sebelum dihidang untuk rasa lebih padu.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sotong masak hitam stail utara memang juara, dakwatnya kunci keenakan rasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Nampak senang resipi lemak labu Mama Tini, tahap ‘beginner’ boleh buat sambil pejam mata!

Terhangat