Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru
KEBIASAANNYA pisang goreng berwarna kuning keemasan tetapi lain pula hasil air tangan moonstonefish yang menghasilkan sajian ini versi biru.
Siapa sangka hanya dengan berkongsi sekeping gambar pisang goreng unik itu, hantarannya mencuri perhatian ramai.
Kelainan warna pada makanan popular itu membuatkan ramai netizen tampil meninggalkan pelbagai reaksi, daripada teruja sehinggalah komen-komen mencuit hati.
Lebih menarik, walaupun rata-rata teruja melihat hasil pisang goreng unik tersebut, tiada yang meminta resipi daripadanya.
Bagaimanapun, dia tetap berkongsi cara penyediaan bancuhan tepung pisang goreng biru.
Bagi yang ingin mencuba sendiri pisang goreng versi ini, berikut Kuali dikongsikan.

Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu marjerin
- Bijan putih
- Sedikit garam
- Air secukupnya
- Pewarna makanan biru/ikut pilihan
MENARIK DIBACA: Wanita pertahan pendirian ayam masak merah, ayam sambal tak sama! Perjelas perbezaan 2 menu
MENARIK DIBACA: Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran
Cara penyediaan
- Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.
- Masukkan marjerin, bijan putih dan sedikit garam ke dalam campuran tepung.
- Tuangkan air secukupnya dan gaul sehingga menjadi adunan tepung yang sesuai untuk menyalut pisang.
- Masukkan pewarna makanan yang dikehendaki ke dalam adunan untuk mendapatkan warna pilihan.
- Celup pisang ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga masak.