Menu diet ayam rebus pedas tak guna minyak! Enak, boleh makan dengan senang hati
JIKA anda mencari menu sihat dan sedap, resipi ayam rebus pedas ini boleh jadi pilihan terbaik.
Menggunakan bahan-bahan ringkas, hidangan ini menghasilkan kuah yang harum, pedas dan menyelerakan tanpa menggunakan walau setitik minyak.
Lebih menarik, penyediaannya juga sangat mudah kerana semua bahan hanya perlu direbus sehingga ayam empuk dan menyerap segala perisa.
Sesuai dijadikan hidangan tengah hari atau makan malam, resipi oleh pempengaruh masakan, Norbaya Dahalan ini bukan sahaja ringkas, malah mampu membuka selera.
Jom cuba sendiri mengikut resipi dan cara penyediaan yang dikongsikan di bawah!

Bahan-bahan
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Cili padi
- Akar ketumbar
- Sos tiram
- Jus limau
- Serbuk perasa cendawan
- Daun ketumbar
MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang
MENARIK DIBACA : Langsung tak terfikir cara ini... Wanita kongsi tip kalau gas habis, 2 bahan bantu memasak ketika ‘darurat’
Langkah penyediaan
- Sediakan kuali, masukkan air sehingga paras ayam.
- Masukkan bawang putih, halia dan cili padi yang dikisar kasar.
- Masukkan akar ketumbar dan sos tiram kemudian perasakan dengan serbuk cendawan.
- Masukkan dua sudu besar jus limau untuk seimbangkan rasa pedas.
- Kacau sehingga sebati kemudian rebus antara 20 hingga 30 minit.
- Taburkan hirisan daun ketumbar dan siap untuk dihidangkan.